Saturday, January 22, 2011

KEJUTAN DARIPADA ABI

Petang Jumaat, semasa ummi tengah sibuk menyiapkan makan malam, tiba-tiba Abg Ayyash menjerit, Ummi, abi beli hadiah untuk ummi”. Tapi ummi tak layan pun sbb sblm ni pun abi ada belikan ‘hadiah’ untuk ummi, tapi ‘hadiah’ pertama yang ummi dapat untuk bulan Januari tahun 2011 tu tak berapa menarik sangat, walaupun ia mesra pengguna.

Semasa abi belikan ‘hadiah’ pertama tu, Abg Ayyashlah orang pertama yang berlari-lari dapatkan ummi sambil menjerit ayat yang sama seperti di atas. Sewaktu tu terfikir jugak sebab apa abi belikan hadiah padahal birthday ummi lambat lagi. Ummi pun bergegas keluar dari dapur sbb teruja sgt nak tengok apalah ‘hadiah’ yang abi beli tu…Lepas dah tengok hadiah tu, dalam hati…C!$ !!

Oklah, ummi bagi gambaran sikit ttg ‘hadiah’ tu… ia berwarna putih dan ummi rasa semua rumah ada benda ni. Bilangannya bergantung kepada jumlah bilik air. Kalau rumah tu ada tiga bilik air, maka benda tu pun kena ada tiga jgk…Mula-mula tu, Abg Ayyash asyik dok bertanya jgk benda tu apa sebenarnya…tapi bila ummi suruh Abg Ayyash pergi ke bilik air, barulah dia tahu kegunaan benda tu. Tak sabar-sabar Abg Ayyash suruh abi pasang.


'Hadiah' pertama ummi, putih seperti mutiara, tapi bukan mutiara ye...cuba teka?


jeng

jeng


jeng

Haa...inilah hadiah mesra pengguna yang ummi cakapkan tu...cantikkan!


… Jadi, bila abi belikan hadiah yang kedua ni, ummi malas la nak tengok…walaupun Abg Ayyash menjerit-jerit panggil ummi....takut terkena mcm dulu.…tapi bila Abg Ayyash siap tarik baju ummi, ummi terpaksa mengalah dan apa lagi... terkejutnya ummi sebaik saja terpandang hadiah pada kali ni…rasa nak menitis airmata pun ada…Memang sah, hadiah kali ni memang untuk ummi. Rupa-rupanya abi belikan hadiah birthday ummi 2 hari lebih awal dari tarikh birthday yang sebenarnya dan kalau ikutkan tarikhnya, birthday ummi jatuh pada hari esok, 23 Januari!

Jom tengok apa hadiah yang ummi dapat...

Haa...ni dia. Menarik dan menyelerakan!


Tangan sapa la pulak ni...


Ok, semua boleh ambik...huh, cepat bukan main...semua berminat dgn abjad, tp ummi suruh letak balik dan ambil bunga...ummi sayang sangat dengan ayat " Sanah helwah zaujati"


Empat dah hilang...boleh agak tak sapa yang ambik?


yummie...yummie. ummi nak lagi, bleh tak?


'M' untuk Muaz Majdi dan 'A' untuk Ayyash Ansari


Terima kasih abang, ingatkan dah lupa…emm, rasa dah tua ummi ni. Apa taknya, rasa begitu cepat masa berlalu dan sekarang usia dah mencecah 30 tahun.


Di dalam kita meniti usia
Tentulah penuh dengan pancaroba
Dunia menjanjikan suka duka
Semua dugaan Tuhan Yang Esa

Sabarlah dengan dugaan Ilahi
Beriman kita perlulah diuji
Manusia perlu terus berbakti
Demi akhirat negeri abadi

Beramallah bekal menuju Tuhan
Berdoalah dipelihara Iman
Bersyukurlah kita dikurniakan
Nikmat berharga paling utama
Agama Islam
Alhamdulillah




No comments:

Post a Comment