Monday, May 9, 2011

IA PASTI BERLAKU

Assalamualaikum anak-anak ummi,

Dah lama ummi x update blog ni...semuanya disebabkan kesuntukan masa dan ummi rasa banyak perkara yang ummi terlepas...untuk dicatatkan di sini. Catatan untuk bulan ni ummi mulakan dengan cerita sedih.

Catatan kali ni tentang kematian anak kawan ummi... Mohd Aiman Ridzuan yang meninggal dunia kerana kanser kelenjar.


Beliau merupakan pelajar sekolah rendah, berumur 10 tahun dan kawan ummi pernah mengajar di sekolah menengah, sama ummi. Untuk pengetahuan anak-anak, penyakit yang dihidapi oleh beliau hanya dapat dikesan 2 bulan sebelum kematiannya...dan beliau merupakan anak tunggal...tentu banyak sekali kenangan yang ditinggalkan oleh beliau...

Terlintas juga di fikiran ummi, mampukah ummi menghadapi saat-saat genting apabila kehilangan orang-orang tersayang? Kuatkah ummi umtuk meneruskan kehidupan apabila ada di antara orang-orang yang ummi sayang pergi meninggalkan ummi?

Apapun persoalan yang bermain di kepala, kita semua perlulah terima hakikat bahawa setiap nyawa adalah milik Allah...dan Allah mempunyai hak ke atasnya...kematian adalah proses kehidupan yang tidak akan mati. nyawa itu milik Allah S.W.T dan hanya DIA yang layak mengambil nyawa kita. kita sebagai peminjam roh kepada jasad tidak seharusnya mensia-siakan barang pinjaman ini



Solat jenazah dilakukan di Surau Al Irsyad dengan diimamkan oleh Mualim Salleh Ahmad. Hampir 500 pelajar SRAI,SMAI banin banat serta mualim mualimah turut memberi penghormatan terakhir keatas jenazah Mohd Aiman dengan melakukan solat jenazah.




Yang pasti...MATI ITU PASTI!