Monday, February 7, 2011

LET THE PHOTOS DO THE TALKING.


Gelagat adik dan kakak.

kami kembar tak seiras!




Cuba teka, mana satu adik, mana satu kakak?



Little red riding hood@ Little red cap


Ini memang hobi adik!



Ummi biar je adik nangis...kalau angkat, nanti dia panjat lagi!


Tengah sibuk berkebun...


'Sand Art'

Pekerja yang rajin...tak sia-sia Giant ambik jadik pekerja.



Macam best je mainan ni...

Rasa-rasanya abi dan ummi nak ke beli mainan banyak ni?








Wednesday, February 2, 2011

PERANCANGAN ALLAH MENGATASI SEGALA-GALANYA

Apalah m@l@ng nasib ummi…dah buat preparation untuk dicerap, buku persediaan mengajar pulak tertinggal di rumah.

Pagi tadi ummi rushing nak ke sekolah, tak ingat langsung ttg buku tu…dah sampai sekolah, baru ingat…nak patah balik, nanti lewat pulak nak thumb print…lepas letak Adik dan Kakak di nursery, ummi terus pecut…tak kira, nak ambil jugak buku tu sbb ummi nak teruskan jugak niat untuk dicerap pada hari ini walaupun malam semalam ummi terasa takut sgt. Bukan apa, ummi dah prepare dari minggu lepas lagi…rasa sayang la pulak kalau tak dicerap hari ini, dah tinggal half way je lagi…

Tetapi, itulah susunan dari Allah…dan sebaik-baik perancangan ialah perancangan Allah.

Di tengah jalan, abi called ummi dan tanya ummi di mana? Ummi jawab, nak balik ambil buku persediaan mengajar…Abi cakap, tak payah balik sebab kunci rumah (untuk simpanan ummi) abi pegang…tadi, masa nak cepat-cepat ke sekolah, ummi lupa nak nak tarik kunci dari grill… tak ingat langsung! Jadi, abi pun ambil la kunci tu. Nak dipendekkan cerita, ummi terpaksa patah balik ke sekolah dan terus jumpa GPK 1 minta ditangguhkan cerapan tu…

Nampaknya, lepas CNY la baru boleh ummi tunjuk skill ngajar ummi tu…

Tuesday, February 1, 2011

TAKUTNYA UMMI!

Assalamualaikum anak-anak…mlm ni ummi busy skit sbbnya esok ummi akan dicerap oleh GPK 1…huh, sungguh mendebarkan sebabnya:

1. GPK 1 tu muallim, segan la pulak!
2. Kena masukkan sekali elemen AMK…Akidah Merentasi Kurikulum.

Ummi mengajar Perdagangan tingkatan 4 & 5 dan ummi memilih untuk dicerap semasa ummi mengajar Perdagangan di tingkatan 4, esok! Persiapan ummi dah buat dari minggu lepas lagi dan ummi rasa topik ni x la susah sangat…Usahawan dan peniaga…

Mula-mula ummi kena differentiate dulu antara usahawan dengan peniaga…lepastu kaitkan dengan sifat-sifat yang ada pada seseorg usahawan seperti kreatif, bijak mengambil peluang, berani menanggung risiko dll…

Akhir sekali, elemen AMK! Kat sini ummi dah bawa sirah sahabat nabi iaitu Abdul Rahman Bin Auf…

Abdul Rahman bin Auf adalah usahawan yang perlu dicontohi kerana kejayaannya dalam bidang keusahawanan dan menjalankan perniagaan mengikut landasan islam serta memanfaatkan hartanya untuk kebaikan.

Beliau adalah antara sepuluh sahabat yang dijanjikan syurga.Abdul Rahman bin Auf pernah ditanya: Apakah strategi perniagaannya sehinggakan menjadi hartawan yang terkemuka ?

Jawabnya:
1.Aku tidak pernah menolak keuntungan walaupun sedikit.

Jangan menolak rezeki walaupun sedikit pun. Adakalanya kita terpaksa menurunkan keuntungan perniagaan kita untuk sesetengah target market. Dengan itu, keuntungan masih kita dapat… rezeki masih berpihak kepada kita walaupun sedikit.

2.Aku tidak pernah melambatkan penjualan barangan daripada yang meminta.

Percepatkan segala urusan jual beli. Percepatkan segala layanan pelanggan. Terbukti dari zaman dulu sehingga zaman kini, kelajuan dan kepantasan menangani perniagaan akan memberi pulangan yang tinggi.

3.Aku tidak menjual secara tangguhan bayaran ( Tunai ).
Jualan tunai sahaja.

Selain itu, Abdul Rahman Bin Auf mempunyai strateginya yang tersendiri dalam perniagaan unta. Untuk pengetahuan anak-anak, perniagaan unta ini didominasi oleh usahawan-usahawan Yahudi.
Apakah strateginya?

Beliau menjual unta-untanya pada harga kos dan ini telah menarik minat orang ramai untuk membeli unta daripada beliau…dan bagaimana hendak mendapat keuntungan sekiranya unta dijual dengan harga kos? Haa…sini Abdul Rahman Bin Auf telah menggunakan kebijaksanaannya dalam berniaga…
Keuntungan tidak diambil dari hasil penjualan unta. Unta dijual pada harga kos. Tetapi, keuntungan diambil dari menjual “tali pengikat unta”. Di situlah datangnya keuntungan. Diceritakan bahawa tali-tali yang dijual adalah cantik dan bermacam-macam warna.

Oklah anak-anak…itulah sedikit sebanyak bahan yang ummi dapat dan bakal ummi “persembahkannya” esok…doakan kelancaran dan dipermudahkan semua perkara buat ummi!

P/s: Bagus ke tak ummi mengajar selama ini? nanti ummi tunjukkan result PnP ummi pada anak-anak…
Laman rujukan,