Thursday, November 21, 2013

UMMI PENAT+ANAK BUAT PERANGAI = BOTH WILL YELLING AND SCREAMING

 
Bagi seorang kanak-kanak yang berumur tiga tahun, jeritan marah dari orang yang paling rapat dengannya adalah sesuatu yang sangat menakutkan. Anak puan juga mungkin merasa keliru dengan reaksi puan, yang kadangkala mesra dan kadangkala marah. Anak puan tidak dapat mengagak bila agaknya beliau akan disayangi dan bila beliau akan dimarahi dengan jeritan. Beliau akan keliru dengan reaksi puan, dan tidak tahu kesalahan apa yang beliau telah lakukan. Reaksi yang begini akan menyebabkan anak puan sentiasa menyalahkan dirinya sendiri kerana menyebabkan ibunya marah.

Jadi, adalah reaksi yang normal sekira beliau ‘merajuk’ dan ‘terusik’ akibat dimarahi. Jika dibiarkan berterusan, kanak-kanak yang membesar dengan keadaan yang begini akan sentiasa tidak yakin dengan diri sendiri, dan sentiasa bertanya-tanya, ‘apakah yang saya lakukan ini salah?’ dan beliau tidak merasa selamat untuk mencuba perkara-perkara yang baru (exploration) sedangkan itu adalah salah satu perkara yang sangat penting di dalam pertumbuhan emosi kanak-kanak.  Kanak-kanak yang begini akan membesar dengan kurang rasa konfiden, sentiasa ragu dengan kebolehan diri, dan perasaan rendah diri.

Anak-anak akan mengikuti apa yang ibubapa lakukan (modelling). Mereka akan belajar bahawa sekiranya
marah, mereka boleh menjerit dan mencubit adik mereka atau kawan-kawan mereka.

Apa yang lebeih penting adalah cara kita menangani perasaan marah dengan cara yang lebih positif. Saya ingin mencadangkan beberapa perkara yang mungkin Puan boleh lakukan:

1. Di dalam keadaan marah atau penat, sentiasa bertanya kepada diri sendiri,
Apa salah anak saya?’
‘Adakah salah anak saya yang menyebabkan saya penat?’

2. Sekiranya marah, jangan bertindak meluru. Tarik nafas dengan panjang, tinggalkan seketika tempat atau keadaan yang menyebabkan anda marah. Kira dari satu hingga sepuluh, atau beristighfar seketika.  Setelah kembali tenang, barulah kembali melayani anak puan.

3. Pelajari bagaimana untuk menangani rasa marah dengan positif. Puan boleh membaca atau mengikuti kelas-kelas untuk menambahkan kemahiran keibubapaan (Parenting Skills).


COPY PASTE dari sini

HIDUNG TAK MANCUNG, PIPI TERSORONG-SORONG!

Sehingga saat ini, ummi masih tertunggu-tunggu ucapan istimewa dari seseorang.

Wednesday, October 30, 2013

SOALAN KILLER...

Di suatu petang...

Ayyash    : Ummi, ummi...abi kan selalu bercakap-cakap dengan uncle sebelah rumah kita, kan ummi?
Ummi      : Ummm...kenapa?
Ayyash    : Dah tu, kenapa abi tak pernah ajak uncle tu masuk ISLAM?
Ummi      : Speechless..

p/s:Abi, please answer this question.

Thursday, October 10, 2013

Ada Apa Dengan 6 Oktober?

Artikel | Perang Oktober 1973


Hari ini genaplah ulang tahun Perang Ramadhan 1393H (Perang Oktober 1973) yang ke 40. Peperangan yang bermula pada 6 hingga 24 Oktober ini mempunyai implikasi yang sangat besar. Perang yang juga dikenali sebagai perang Ramadhan kerana bermula pada 10 Ramadhan dan Perang Yom Kippur kerana jatuh pada hari kebesaran orang Yahudi ini telah me...rubah lanskap politik timur tengah seperti hari ini.

Peperangan ini adalah sebahagian dari usaha Mesir dan Syria untuk merebut kembali wilayah mereka yang dijajah oleh Israel dalam Perang enam hari pada tahun 1967 iaitu Semenanjung Sinai dan Tanah Tinggi Golan. Perang 6 hari juga menyebabkan Jalur Gaza, Baitul Maqdis timur dan Tebing Barat di kuasai oleh Israel sepenuhnya. Mengambil peluang dari Hari kebesaran orang Yahudi iaitu Yom Kippur, di mana sebahagian besar tentera Israel sedang bercuti, Mesir telah mengatur serangan mengejut. Keupayaan tentera Mesir untuk menembusi garisan Barlev yang dianggap kebal oleh pertahanan Israel benar-benar menjadi kejutan.

Dalam masa yang sama tentera Syria megambil semula sebahagian dari Tanah tinggi Golan yang dikuasai Israel. Kejayaan tentera Mesir dan Syria tidak kekal lama kerana mereka terpaksa berundur ekoran serangan balas oleh Israel. Bahkan ketumbukan tentera ke tiga Mesir terkepung sepenuhnya dan bakal menghadapi kemusnahan. Israel juga mengalami kemusnahan yang besar dengan hampir 3,000 tenteranya terbunuh dan 9,000 mengalami kecederaan. Buat pertama kalinya dalam sejarah Israel menerima hakikat bahawa ia sedang menghadapi satu peperangan yang sebenar, sedangkan konflik yang berlaku dengan negara-negara Arab sebelumnya hanyalah sebuah pertempuran. Di samping itu hampir 500 kereta kebal dan 200 pesawat udara tentera Israel berjaya dimusnahkan oleh tentera Mesir dan Syria. Mesir dan Syria menerima kemusnahan yang jauh lebih besar, namun kejayaan pada peringkat awal peperangan memberi satu suntikan kepada seluruh dunia Arab dan negara Islam terhadap kemampuan berhadapan dengan rejim Zionis di medan peperangan.

Amerika Syarikat telah bersetuju sepenuhnya dalam Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu supaya resolusi 338 dilaksanakan iaitu gencatan senjata antara kedua pihak. Ini adalah suatu yang jarang berlaku kerana Amerika telah terbukti sepanjang konflik timur tengah tidak akan memihak kepada keputusan Majlis Keselamatan atau Persidangan Agung PBB jika ia dilihat merugikan Israel. Bahkan acapkali AS akan menggunakan kuasa vetonya untuk membatalkan mana-mana resolusi yang diputuskan jika dianggap tidak memenuhi kepentingan strategik Israel. Dalam Perang Oktober 1973, AS mengambil pendirian yang sebaliknya. Ini adalah berdasarkan kepada congakan bahawa Israel mungkin mengalami kekalahan dan terpaksa membuat beberapa konsesi yang menjejas kelangsungan negara zionis tersebut.

Gencatan senjata ini bagaimanapun dicabuli oleh Israel yang terus mara sehingga ke Terusan Suez. Ini memaksa Majlis Keselamatan bersidang sehari selepas Resolusi 338 diluluskan. Resolusi 339 diluluskan untuk menguatkuasakan Resolusi 338. Motif sebenar Amerika terbongkar apabila pada 18 Oktober Presiden Nixon meluluskan peruntukan senjata tambahan kepada Israel disamping bantuan kewangan sebanyak USD 2.2 bilion. Keadaan ini telah menyebabkan Arab Saudi melakukan reaksi balas dengan mengurangkan pengeluaran petroluem sebanyak 5% sebulan kepada AS. Embargo ini kemudiannya di lanjutkan ke atas Netherland dan negara-negara lain mencetuskan krisis tenaga pada tahun 1973 yang menyaksikan ekonomi Amerika terjejas teruk. Ini adalah satu contoh bahawa negara-negara Arab mampu untuk menggunakan kuasa petrodollar untuk mencabar hegemoni politik AS di timur tengah.

Dalam masa yang sama AS telah menggunakan situasi perang Oktober untuk menghapuskan ancaman Mesir ke atas Israel. Oleh kerana objektif Mesir ialah untuk mendapatkan semula Semenanjung Sinai yang dikuasai oleh Israel, AS telah menjadikan ia sebagai umpan supaya Mesir bersetuju untuk berdamai dengan Israel. Presiden Sadat telah menyatakan persetujuannya untuk datang ke Baitul Maqdis dan mencari jalan perdamaian. Kehadiran Presiden Sadat ke Baitul Maqdis yang dikuasai Israel adalah satu isyarat pengiktirafan ke atas negara haram Israel. Perdana Menteri Israel, Menachem Begin telah mengambil peluang ini untuk memalukan Sadat dengan menyebut dalam ucapannya mengalu-alukan kedatangan Sadat ke Baitul Maqdis, ibu negara Israel ’yang abadi’. Ucapan ini adalah merupakan satu tamparan kepada perjuangan pembebasan Masjid al-Aqsa dan bumi Palestin. Ia adalah sesuatu yang mencalar maruah dunia Islam seluruhnya.

Hasil dari rundingan diplomatik antara Mesir dan Israel yang di’broker’ oleh AS akhirnya membuahkan Perjanjian Camp David pada tahun 1978. Perjanjian ini telah mengeluarkan Mesir dari persamaan (equation) yang menentukan hala tuju konflik di Timur Tengah khususnya yang berkaitan dengan pembebasan Bumi Palestin. Sehingga hari ini Mesir adalah terikat dengan perjanjian untuk tidak menjejaskan keselamatan Israel. Tindakan Mesir pada hari ini yang menutup sempadan di Rafah dan tidak membenarkan bantuan menyeberang ke Gaza yang dikepung Israel, bahkan menghalang rakyat Gaza masuk ke Mesir untuk mendapat rawatan adalah sebahagian dari memenuhi syarat Perjanjian Camp David tersebut.
6 Oktober adalah satu tarikh penting sehingga Mesir dan Syria memilihnya sebagai tarikh untuk menyambut hari kebangsaan kedua negara. Mesir turut memilih 6 Oktober sebagai hari angkatan Tentera Mesir. Pada 6 Oktober 1981, dalam perbarisan tentera sempena ulang tahun perang Oktober, Presiden Sadat mati ditembak kerana tindakannya berdamai dengan Israel dan mengiktiraf entiti haram tersebut dianggap suatu pengkhianatan kepada umat Islam dan agamanya.

Tulisan : Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor

[Kenapa Dilambatkan Kemenangan?! - Sayyid Qutb]





"Kerana pembinaan ummah mu'minah (umat yang beriman) masih belum matang sepenuhnya, pembinaannya masih belum lengkap, kerana kemampuannya masih belum mampu untuk menggerakkan apa-apa, kerana sel-sel kekuatan dan kesediaan masih belum bercantum dan masih tidak mampu meransang apa-apa untuk mengecapi betapa tingginya harga sebuah kemenangan itu, dan andai kata kita memperoleh kemenangan itu sekarang, maka kita akan kehilangannya serta merta dek ketidakmampuan kita untuk melindunginya dalam jangka masa yang panjang"

As Syahid Sayyid Qutb Rahimahullah
1906-1966 M

Sumber : رابطة الاخوان بالعالم

#mesirkini

Tuesday, September 24, 2013

ADIK BUAT RAWATAN AKUPUNTUR

Droopy Eyelid (Ptosis)
Ptosis (TOE-sis), also known as droopy eyelid.
Sometimes referred to as a “lazy eye”.
Droopy eyelids can be hardly noticeable.
There are two types of ptosis: acquired and congenital.
             i. Acquired ptosis is the most common type, and is usually due to the muscles that elevate the eyelid becoming weak, thin, or stretched.
            ii. Congenital ptosis is present at birth and is usually due to the lack of development of the eyelid muscles called levator

Kes adik ni fall under second type of phosis dan kalau ikutkan nasihat doktor it require surgical correction dan akan dilakukan pada bulan 11 ini.