Tuesday, September 24, 2013

ADIK BUAT RAWATAN AKUPUNTUR

Droopy Eyelid (Ptosis)
Ptosis (TOE-sis), also known as droopy eyelid.
Sometimes referred to as a “lazy eye”.
Droopy eyelids can be hardly noticeable.
There are two types of ptosis: acquired and congenital.
             i. Acquired ptosis is the most common type, and is usually due to the muscles that elevate the eyelid becoming weak, thin, or stretched.
            ii. Congenital ptosis is present at birth and is usually due to the lack of development of the eyelid muscles called levator

Kes adik ni fall under second type of phosis dan kalau ikutkan nasihat doktor it require surgical correction dan akan dilakukan pada bulan 11 ini.   


 

HADITH THULATHA

18 Zulkaedah 1434H

Kata seorang penyair Arab, “Aku mengajar beliau memanah.  Apabila beliau besar dan sasa, aku pula yang dipanahnya”

Penderhakaan boleh berlaku:
1.       Seorang murid menghina guru yang pernah mengajarnya dan ini tidak sepatutnya berlaku.

2.       Seorang anak yang dewasa dan menderhaka kedua ibu bapanya yang pernah mendidiknya dan ini tidak seharusnya berlaku.

3.       Seorang hamba menderhaka Tuhannya yang mencipta dan memberi rezeki kepadanya.  Ini adalah sebesar-besar penderhakaan.

Berdasarkan akal, hal ini tidak mungkin berlaku, namun sejarah dunia telah membuktikan ... inilah penderhakaan yang terus berlaku.


Wednesday, September 18, 2013

Arwah seorang yang periang, peramah, mudah berkira dan ringan tulang untuk menolong. Segala permasalahan air dan paip di Irsyad,seringkali beliau menjadi rujukan untuk pembaikan.

Pantang di panggil,beliau akan muncul untuk khidmat di Irsyad terutama dalam bidangnya,membaiki paip dan bekalan air. Beliau lebih di kenali dengan panggilan Din Paip atau Din Jabor(tempat kelahirannya).

Khidmatnya terakhir untuk Irsyad pada 5 Sept 2013 jam 5.30 petang untuk membaiki tangki Mahaad Tahfiz Irsyad. Malangnya khidmat beliau terakhir itu diserang puluhan tebuan yang menyebabkan beliau di masukan ke Wad ICU HTAA. Jam 4.30 pagi hari Jumaat 6hb Sept 2013 beliau menghembuskan nafas terakhir.

Dari Allah kita datang dan kepadaNya jua kita dikembalikan.

Kenangan manis arwah bersama kami Warga Irsyad tetap dalam lipatan sejarah bertintakan emas. Rasanya baru semalam kita berbual-bual,bersenda gurau dan bersembang-sembang dengan arwah. Moga Allah Taala ampuni arwah,menempatkannya dalam FirdausNya bersama para solihin dan syuhada'.Ameen.

Arwah meninggalkan balunya Mualimah Saudah Ismail dan empat anaknya Fatimah AzZahra 11 tahun, Badiuzaman 9 tahun, Said Ramadhan 7 tahun, Khaulah 3 tahun dan bayi dalam kandungan berusia 7 bulan.

Copy paste dari sini



Jumaat 6 September 2013 bersamaan 29 Syawal 1434H

....Ummi buat keputusan nak hantar adik Sofaa dan adik Yam dulu ke nursery sebelum hantar abang Ayyash. Masuk dalam nursery, terus letak adik Sofaa, cakap kat cikgu Lin pagi ni ummi tak sempat buat nasi adik Sofaa.

Boleh dikatakan tiap-tiap hari Jumaat ummi selalu masuk Daurah lambat...banyak penyampaian dan ilmu dari ustaz-ustaz yang ummi terlepas...jadi hari ini ummi tekad nak masuk daurah cepat-cepat...sampai je sekolah terus tuju pejabat sebab kena thumb print...

Lalu tepi bilik mesyuarat ummi tengok takde sorang pun kat dalam...“iskh, takkan takde daurah kot?kat pejabat tadi takde la pulak nampak memo”

Ummi terus ke bilik guru. Sampai je kat bilik guru terus letak beg...pastu ummi tanya kawan ummi...
“kak Jah, hari ni takde daurah ke?”.
Kawan ummi pun jawab, “takde. Eh...Iman, anti tahu tak?”.
Ummi tanya balik, “tak tahu apa kak?”.
“Suami Suad meninggal”jawab kak Jah...
ummi terduduk...terus menangis dan terbayang-bayang wajah kak suad yang tengah sarat mengandung...MENGANDUNG 7 BULAN!

Kak Jah pun cerita la dari mula sampai akhir...ummi terkedu! Tak percaya sebab tiap-tiap pagi mesti ummi selisih dengan arwah di kantin...Terus ummi telefon abi...ajak p ziarah arwah di Jabor.

Alhamdulillah, sampai Jabor ummi sempat tatap wajah arwah sebelum dikapankan...kak Suad dan anak-anak pun ada di sisi arwah. Selesai proses mengafankan arwah, anak kedua kak Suad terus ke dapur...menangis!Saat tu jugak ummi menangis!ummi ke dapur dan usap kepala Aman...