Sunday, April 14, 2013

ADA ORANG MINAT

Ada sorang budak cina ni...minat sungguh dengan adik Yam...siap pegang tangan adik Yam lagi.  Ke mana adik Yam pergi, dia mesti ikut...

Tempat: Playground Giant Kota Damansara.


Ni la budaknya...

HARI TERBUKA ATM, KUANTAN PAHANG.



ENTRY TANPA CATATAN

TEMPAT: PENGKALAN UDARA KUANTAN, PAHANG
TARIKH: 6 DAN 7 APRIL 2013







Saturday, April 13, 2013

ADA-ADA AJE ANAK-ANAK NI!


SEMUANYA serba terbalik!!

"Ummi, muallimah suruh ummi tanda tapak tangan"


Sapa la yang dok bagi adik Sofaa makan makanan tambahan ni?

Ooo...budak ni la punya keje ye!

Pandai-pandai gunting rambut sendiri, ganti tugas abi..ni abg muaz punya keje la ni!
waktu kejadian : tahun 2012.


Laa...x serik-serik lagi..ini sendiri punya kerja...
waktu kejadian: 2013


Tuesday, April 2, 2013

GUESS WHO AM I?





GARA-GARA ADIK SOFAA

Hadith Thulatha #1

“ Ibuku tidak akan menyusukan aku kecuali dalam keadaan berwudhu’. Tetapi pada suatu hari, jiranku menyusukan aku dan dia tidak berwdhu’ ”. Imam Al-Haraimain iaitu Imam Al-Juwaini menceritakan bagaimana ibunya memdidik dan membesarkan beliau. Kata beliau lagi, ada  masa-masa aku merasa malas dan keletihan untuk beribadah, mungkin itu kesan daripada penyusuan dari jiranku yang tidak berwudhu’ itu.

Amalan ini juga diamalkan oleh ibu Syaikh Nursi Badi’uzzaman.

Persekitaran yang baik menghasilkan natijah yang baik. Ummah dari perkataan Um (ibu). Um yang solehah melahirkan ummah yang solehah. Runtuh institusi keibuan runtuhlah ummah. Inilah yang sedang diusahakan oleh musuh Islam.

Mesej ini ummi dapat sbb (mungkin) ummi banyak mengomel tentang SUSAHnya nak bagi adik Sofaa tido.  Ummi selalu bandingkan adik Sofaa dengan anak-anak yang lain. 

Waktu adik Yam dulu semuanya senang...cukup 60 hari dah boleh mandi dengan air sejuk, tak mandi dah dengan air panas..tido pun mudah...bedung je dah boleh tido.  bukannya sekejap-sekejap tidonya..macam orang penat sangat-sanagt..     

TAPI part adik Sofaa ni..pergh...merungut aje ummi ni kalau time nak bagi tido..Bila baca mesej abi ni tersentak ummi...

Rasulullah bersabda, yang bermaksud: "Nikahilah wanita yang penyayang dan subur kerana sesungguhnya aku akan membanggakan (ramainya jumlah kamu) di hadapan umat-umat lain pada hari kiamat kelak." Riwayat Abu Daud.

GERAM betul dengan budak ni...