Thursday, November 21, 2013

UMMI PENAT+ANAK BUAT PERANGAI = BOTH WILL YELLING AND SCREAMING

 
Bagi seorang kanak-kanak yang berumur tiga tahun, jeritan marah dari orang yang paling rapat dengannya adalah sesuatu yang sangat menakutkan. Anak puan juga mungkin merasa keliru dengan reaksi puan, yang kadangkala mesra dan kadangkala marah. Anak puan tidak dapat mengagak bila agaknya beliau akan disayangi dan bila beliau akan dimarahi dengan jeritan. Beliau akan keliru dengan reaksi puan, dan tidak tahu kesalahan apa yang beliau telah lakukan. Reaksi yang begini akan menyebabkan anak puan sentiasa menyalahkan dirinya sendiri kerana menyebabkan ibunya marah.

Jadi, adalah reaksi yang normal sekira beliau ‘merajuk’ dan ‘terusik’ akibat dimarahi. Jika dibiarkan berterusan, kanak-kanak yang membesar dengan keadaan yang begini akan sentiasa tidak yakin dengan diri sendiri, dan sentiasa bertanya-tanya, ‘apakah yang saya lakukan ini salah?’ dan beliau tidak merasa selamat untuk mencuba perkara-perkara yang baru (exploration) sedangkan itu adalah salah satu perkara yang sangat penting di dalam pertumbuhan emosi kanak-kanak.  Kanak-kanak yang begini akan membesar dengan kurang rasa konfiden, sentiasa ragu dengan kebolehan diri, dan perasaan rendah diri.

Anak-anak akan mengikuti apa yang ibubapa lakukan (modelling). Mereka akan belajar bahawa sekiranya
marah, mereka boleh menjerit dan mencubit adik mereka atau kawan-kawan mereka.

Apa yang lebeih penting adalah cara kita menangani perasaan marah dengan cara yang lebih positif. Saya ingin mencadangkan beberapa perkara yang mungkin Puan boleh lakukan:

1. Di dalam keadaan marah atau penat, sentiasa bertanya kepada diri sendiri,
Apa salah anak saya?’
‘Adakah salah anak saya yang menyebabkan saya penat?’

2. Sekiranya marah, jangan bertindak meluru. Tarik nafas dengan panjang, tinggalkan seketika tempat atau keadaan yang menyebabkan anda marah. Kira dari satu hingga sepuluh, atau beristighfar seketika.  Setelah kembali tenang, barulah kembali melayani anak puan.

3. Pelajari bagaimana untuk menangani rasa marah dengan positif. Puan boleh membaca atau mengikuti kelas-kelas untuk menambahkan kemahiran keibubapaan (Parenting Skills).


COPY PASTE dari sini

HIDUNG TAK MANCUNG, PIPI TERSORONG-SORONG!

Sehingga saat ini, ummi masih tertunggu-tunggu ucapan istimewa dari seseorang.

Wednesday, October 30, 2013

SOALAN KILLER...

Di suatu petang...

Ayyash    : Ummi, ummi...abi kan selalu bercakap-cakap dengan uncle sebelah rumah kita, kan ummi?
Ummi      : Ummm...kenapa?
Ayyash    : Dah tu, kenapa abi tak pernah ajak uncle tu masuk ISLAM?
Ummi      : Speechless..

p/s:Abi, please answer this question.

Thursday, October 10, 2013

Ada Apa Dengan 6 Oktober?

Artikel | Perang Oktober 1973


Hari ini genaplah ulang tahun Perang Ramadhan 1393H (Perang Oktober 1973) yang ke 40. Peperangan yang bermula pada 6 hingga 24 Oktober ini mempunyai implikasi yang sangat besar. Perang yang juga dikenali sebagai perang Ramadhan kerana bermula pada 10 Ramadhan dan Perang Yom Kippur kerana jatuh pada hari kebesaran orang Yahudi ini telah me...rubah lanskap politik timur tengah seperti hari ini.

Peperangan ini adalah sebahagian dari usaha Mesir dan Syria untuk merebut kembali wilayah mereka yang dijajah oleh Israel dalam Perang enam hari pada tahun 1967 iaitu Semenanjung Sinai dan Tanah Tinggi Golan. Perang 6 hari juga menyebabkan Jalur Gaza, Baitul Maqdis timur dan Tebing Barat di kuasai oleh Israel sepenuhnya. Mengambil peluang dari Hari kebesaran orang Yahudi iaitu Yom Kippur, di mana sebahagian besar tentera Israel sedang bercuti, Mesir telah mengatur serangan mengejut. Keupayaan tentera Mesir untuk menembusi garisan Barlev yang dianggap kebal oleh pertahanan Israel benar-benar menjadi kejutan.

Dalam masa yang sama tentera Syria megambil semula sebahagian dari Tanah tinggi Golan yang dikuasai Israel. Kejayaan tentera Mesir dan Syria tidak kekal lama kerana mereka terpaksa berundur ekoran serangan balas oleh Israel. Bahkan ketumbukan tentera ke tiga Mesir terkepung sepenuhnya dan bakal menghadapi kemusnahan. Israel juga mengalami kemusnahan yang besar dengan hampir 3,000 tenteranya terbunuh dan 9,000 mengalami kecederaan. Buat pertama kalinya dalam sejarah Israel menerima hakikat bahawa ia sedang menghadapi satu peperangan yang sebenar, sedangkan konflik yang berlaku dengan negara-negara Arab sebelumnya hanyalah sebuah pertempuran. Di samping itu hampir 500 kereta kebal dan 200 pesawat udara tentera Israel berjaya dimusnahkan oleh tentera Mesir dan Syria. Mesir dan Syria menerima kemusnahan yang jauh lebih besar, namun kejayaan pada peringkat awal peperangan memberi satu suntikan kepada seluruh dunia Arab dan negara Islam terhadap kemampuan berhadapan dengan rejim Zionis di medan peperangan.

Amerika Syarikat telah bersetuju sepenuhnya dalam Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu supaya resolusi 338 dilaksanakan iaitu gencatan senjata antara kedua pihak. Ini adalah suatu yang jarang berlaku kerana Amerika telah terbukti sepanjang konflik timur tengah tidak akan memihak kepada keputusan Majlis Keselamatan atau Persidangan Agung PBB jika ia dilihat merugikan Israel. Bahkan acapkali AS akan menggunakan kuasa vetonya untuk membatalkan mana-mana resolusi yang diputuskan jika dianggap tidak memenuhi kepentingan strategik Israel. Dalam Perang Oktober 1973, AS mengambil pendirian yang sebaliknya. Ini adalah berdasarkan kepada congakan bahawa Israel mungkin mengalami kekalahan dan terpaksa membuat beberapa konsesi yang menjejas kelangsungan negara zionis tersebut.

Gencatan senjata ini bagaimanapun dicabuli oleh Israel yang terus mara sehingga ke Terusan Suez. Ini memaksa Majlis Keselamatan bersidang sehari selepas Resolusi 338 diluluskan. Resolusi 339 diluluskan untuk menguatkuasakan Resolusi 338. Motif sebenar Amerika terbongkar apabila pada 18 Oktober Presiden Nixon meluluskan peruntukan senjata tambahan kepada Israel disamping bantuan kewangan sebanyak USD 2.2 bilion. Keadaan ini telah menyebabkan Arab Saudi melakukan reaksi balas dengan mengurangkan pengeluaran petroluem sebanyak 5% sebulan kepada AS. Embargo ini kemudiannya di lanjutkan ke atas Netherland dan negara-negara lain mencetuskan krisis tenaga pada tahun 1973 yang menyaksikan ekonomi Amerika terjejas teruk. Ini adalah satu contoh bahawa negara-negara Arab mampu untuk menggunakan kuasa petrodollar untuk mencabar hegemoni politik AS di timur tengah.

Dalam masa yang sama AS telah menggunakan situasi perang Oktober untuk menghapuskan ancaman Mesir ke atas Israel. Oleh kerana objektif Mesir ialah untuk mendapatkan semula Semenanjung Sinai yang dikuasai oleh Israel, AS telah menjadikan ia sebagai umpan supaya Mesir bersetuju untuk berdamai dengan Israel. Presiden Sadat telah menyatakan persetujuannya untuk datang ke Baitul Maqdis dan mencari jalan perdamaian. Kehadiran Presiden Sadat ke Baitul Maqdis yang dikuasai Israel adalah satu isyarat pengiktirafan ke atas negara haram Israel. Perdana Menteri Israel, Menachem Begin telah mengambil peluang ini untuk memalukan Sadat dengan menyebut dalam ucapannya mengalu-alukan kedatangan Sadat ke Baitul Maqdis, ibu negara Israel ’yang abadi’. Ucapan ini adalah merupakan satu tamparan kepada perjuangan pembebasan Masjid al-Aqsa dan bumi Palestin. Ia adalah sesuatu yang mencalar maruah dunia Islam seluruhnya.

Hasil dari rundingan diplomatik antara Mesir dan Israel yang di’broker’ oleh AS akhirnya membuahkan Perjanjian Camp David pada tahun 1978. Perjanjian ini telah mengeluarkan Mesir dari persamaan (equation) yang menentukan hala tuju konflik di Timur Tengah khususnya yang berkaitan dengan pembebasan Bumi Palestin. Sehingga hari ini Mesir adalah terikat dengan perjanjian untuk tidak menjejaskan keselamatan Israel. Tindakan Mesir pada hari ini yang menutup sempadan di Rafah dan tidak membenarkan bantuan menyeberang ke Gaza yang dikepung Israel, bahkan menghalang rakyat Gaza masuk ke Mesir untuk mendapat rawatan adalah sebahagian dari memenuhi syarat Perjanjian Camp David tersebut.
6 Oktober adalah satu tarikh penting sehingga Mesir dan Syria memilihnya sebagai tarikh untuk menyambut hari kebangsaan kedua negara. Mesir turut memilih 6 Oktober sebagai hari angkatan Tentera Mesir. Pada 6 Oktober 1981, dalam perbarisan tentera sempena ulang tahun perang Oktober, Presiden Sadat mati ditembak kerana tindakannya berdamai dengan Israel dan mengiktiraf entiti haram tersebut dianggap suatu pengkhianatan kepada umat Islam dan agamanya.

Tulisan : Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor

[Kenapa Dilambatkan Kemenangan?! - Sayyid Qutb]





"Kerana pembinaan ummah mu'minah (umat yang beriman) masih belum matang sepenuhnya, pembinaannya masih belum lengkap, kerana kemampuannya masih belum mampu untuk menggerakkan apa-apa, kerana sel-sel kekuatan dan kesediaan masih belum bercantum dan masih tidak mampu meransang apa-apa untuk mengecapi betapa tingginya harga sebuah kemenangan itu, dan andai kata kita memperoleh kemenangan itu sekarang, maka kita akan kehilangannya serta merta dek ketidakmampuan kita untuk melindunginya dalam jangka masa yang panjang"

As Syahid Sayyid Qutb Rahimahullah
1906-1966 M

Sumber : رابطة الاخوان بالعالم

#mesirkini

Tuesday, September 24, 2013

ADIK BUAT RAWATAN AKUPUNTUR

Droopy Eyelid (Ptosis)
Ptosis (TOE-sis), also known as droopy eyelid.
Sometimes referred to as a “lazy eye”.
Droopy eyelids can be hardly noticeable.
There are two types of ptosis: acquired and congenital.
             i. Acquired ptosis is the most common type, and is usually due to the muscles that elevate the eyelid becoming weak, thin, or stretched.
            ii. Congenital ptosis is present at birth and is usually due to the lack of development of the eyelid muscles called levator

Kes adik ni fall under second type of phosis dan kalau ikutkan nasihat doktor it require surgical correction dan akan dilakukan pada bulan 11 ini.   


 

HADITH THULATHA

18 Zulkaedah 1434H

Kata seorang penyair Arab, “Aku mengajar beliau memanah.  Apabila beliau besar dan sasa, aku pula yang dipanahnya”

Penderhakaan boleh berlaku:
1.       Seorang murid menghina guru yang pernah mengajarnya dan ini tidak sepatutnya berlaku.

2.       Seorang anak yang dewasa dan menderhaka kedua ibu bapanya yang pernah mendidiknya dan ini tidak seharusnya berlaku.

3.       Seorang hamba menderhaka Tuhannya yang mencipta dan memberi rezeki kepadanya.  Ini adalah sebesar-besar penderhakaan.

Berdasarkan akal, hal ini tidak mungkin berlaku, namun sejarah dunia telah membuktikan ... inilah penderhakaan yang terus berlaku.


Wednesday, September 18, 2013

Arwah seorang yang periang, peramah, mudah berkira dan ringan tulang untuk menolong. Segala permasalahan air dan paip di Irsyad,seringkali beliau menjadi rujukan untuk pembaikan.

Pantang di panggil,beliau akan muncul untuk khidmat di Irsyad terutama dalam bidangnya,membaiki paip dan bekalan air. Beliau lebih di kenali dengan panggilan Din Paip atau Din Jabor(tempat kelahirannya).

Khidmatnya terakhir untuk Irsyad pada 5 Sept 2013 jam 5.30 petang untuk membaiki tangki Mahaad Tahfiz Irsyad. Malangnya khidmat beliau terakhir itu diserang puluhan tebuan yang menyebabkan beliau di masukan ke Wad ICU HTAA. Jam 4.30 pagi hari Jumaat 6hb Sept 2013 beliau menghembuskan nafas terakhir.

Dari Allah kita datang dan kepadaNya jua kita dikembalikan.

Kenangan manis arwah bersama kami Warga Irsyad tetap dalam lipatan sejarah bertintakan emas. Rasanya baru semalam kita berbual-bual,bersenda gurau dan bersembang-sembang dengan arwah. Moga Allah Taala ampuni arwah,menempatkannya dalam FirdausNya bersama para solihin dan syuhada'.Ameen.

Arwah meninggalkan balunya Mualimah Saudah Ismail dan empat anaknya Fatimah AzZahra 11 tahun, Badiuzaman 9 tahun, Said Ramadhan 7 tahun, Khaulah 3 tahun dan bayi dalam kandungan berusia 7 bulan.

Copy paste dari sini



Jumaat 6 September 2013 bersamaan 29 Syawal 1434H

....Ummi buat keputusan nak hantar adik Sofaa dan adik Yam dulu ke nursery sebelum hantar abang Ayyash. Masuk dalam nursery, terus letak adik Sofaa, cakap kat cikgu Lin pagi ni ummi tak sempat buat nasi adik Sofaa.

Boleh dikatakan tiap-tiap hari Jumaat ummi selalu masuk Daurah lambat...banyak penyampaian dan ilmu dari ustaz-ustaz yang ummi terlepas...jadi hari ini ummi tekad nak masuk daurah cepat-cepat...sampai je sekolah terus tuju pejabat sebab kena thumb print...

Lalu tepi bilik mesyuarat ummi tengok takde sorang pun kat dalam...“iskh, takkan takde daurah kot?kat pejabat tadi takde la pulak nampak memo”

Ummi terus ke bilik guru. Sampai je kat bilik guru terus letak beg...pastu ummi tanya kawan ummi...
“kak Jah, hari ni takde daurah ke?”.
Kawan ummi pun jawab, “takde. Eh...Iman, anti tahu tak?”.
Ummi tanya balik, “tak tahu apa kak?”.
“Suami Suad meninggal”jawab kak Jah...
ummi terduduk...terus menangis dan terbayang-bayang wajah kak suad yang tengah sarat mengandung...MENGANDUNG 7 BULAN!

Kak Jah pun cerita la dari mula sampai akhir...ummi terkedu! Tak percaya sebab tiap-tiap pagi mesti ummi selisih dengan arwah di kantin...Terus ummi telefon abi...ajak p ziarah arwah di Jabor.

Alhamdulillah, sampai Jabor ummi sempat tatap wajah arwah sebelum dikapankan...kak Suad dan anak-anak pun ada di sisi arwah. Selesai proses mengafankan arwah, anak kedua kak Suad terus ke dapur...menangis!Saat tu jugak ummi menangis!ummi ke dapur dan usap kepala Aman...

Wednesday, August 28, 2013

KIDS PLAYING UNDER ADULT SUPERVISION!


kakak kat dalam, adik kat luar...


bukak bekas....

adik pulak yang masuk...

tutup bekas...adik pulak kat dalam...


macam ni laa adik kakak main, dok ulang-ulang...tapi skali tu je ummi bagi main macam ni...lps ni tak boleh main dah kalau takde ummi atau abi...BAHAYA

Tuesday, August 27, 2013

MAMPUKAH AIR MATA UMAT ISLAM DIHAPUSKAN?

Kairo. Dr. Aidh Qarni seorang ulama di Saudi yang terkenal dengan bukunya “La Tahzan” menulis di ansarportsaid.net hari Sabtu 24 Agustus 2013 tentang bagaimana seorang muslim menyikapi kondisi Mesir saat ini. Berikut cuplikan tulisan beliau:



Ketika aku sedang menagis karena meratapi apa yang menimpa umat ini di seluruh dunia Islam, terutama di Mesir dan Suriah, ada seorang kawanku datang bertanya, “Kenapa kau bersedih?” Aku menjawab, “Aku bersedih karena agamaku sedang dalam kesulitan.” Diapun menjawab, “Islam adalah agama Allah swt. Dia sendiri yang akan menolongnya. Bukankah Allah swt. berfirman, ‘”Aku dan rasul-rasul-Ku pasti menang”. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Maha Perkasa.’” [Al-Mujadilah: 21].



Aku berkata, “Kalau begitu, aku menangis karena orang-orang yang dibunuh secara dhalim.” Dia pun menjawab, “Mereka telah berbahagia, in sya’a Allah, hidup dan mendapatkan rezeki di sisi Allah swt.”



Aku berkata, “Kalau begitu, aku menangis karena orang-orang yang terluka, tertawan dan tertindah.” Dia menjawab, “Segala musibah yang menimpa seorang muslim, hingga duri yang menusuknya, pasti akan menjadi penghapus dosa dan kesalahannya. Ujian dari Allah swt adalah kaffaratudz dzunub.”



Aku berkata, “Kalau begitu, aku menangis karena janda yang kehilangan suaminya, anak yatim yang kehilangan ayahnya.” Dia menjawab, “Allah swt. akan menolong mereka. Karena Allah swt. adalah penolong bagi orang-orang yang shalih.”



Aku berkata, “Kalau begitu aku menangis karena ibu yang kehilangan anak-anaknya, atau orang yang kehilangan orang-orang yang dikasihinya.” Dia menjawab, “Hanya orang yang sabar, yang pahalanya diberikan tanpa hitung-hitung.”



Aku berkata, “Aku bersedih karena ahli kebatilan berkuasa di bumi ini, mengalahkan ahli kebenaran.” Dia menjawab “Janganlah sekali-kali kamu terperdaya oleh kebebasan orang-orang kafir bergerak di dalam negeri. Itu hanyalah kesenangan sementara, kemudian tempat tinggal mereka ialah Jahanam; dan Jahanam itu adalah tempat yang seburuk-buruknya.” [Ali Imran: 196-197].



Dia pun mengakhiri pembicaraan kita dengan sebuah nasihat, “Karena itulah tidak ada alasan kita menangis. Hapuslah airmatamu. Yakinilah janji Allah swt. Kalau Dia sudah berjanji, tidak ada yang akan bisa menghalangi-Nya. Perbaikilah dirimu sehingga menjadi orang yang layak termasuk dalam firman Allah swt. “Negeri akhirat itu, Kami jadikan untuk orang-orang yang tidak ingin menyombongkan diri dan berbuat kerusakan di (muka) bumi. Dan kesudahan (yang baik) itu adalah bagi orang-orang yang bertakwa.” [Al-Qashash: 83].







Sumber: http://www.dakwatuna.com/2013/08/26/38544/kabar-gembira-dari-dr-aidh-qarni/#ixzz2dBPYzQjp

Follow us: @dakwatuna on Twitter
dakwatunacom on Facebook

JANGAN TENGOK KALAU TENGAH MAKAN!

Ini bukan kucing yang buat......

























rasa-rasanya boleh agak tak sapa punya keje ni!!!

ALL ABOUT SOFAA SOLEHAH

budak kecik yang berlagak besarrr...

protected and guarded.

oreo...always be my favourite!

Sofaa Solehah the leopard gecko.

Bakul pun bakullah...

best la sebab boleh duduk sama tinggi mcm orang lain..


"Jumping spider"


Monday, August 19, 2013

21 RAMADHAN 1434H

Hadith Thulatha “Setelah ahli syurga berada dan menetap di dalam syurga dan ahli neraka berada dan menetap di neraka, maka di bawa datang “makhluk yang bernama mati” lalu diletakkan di antara syurga dan neraka dan disembelih. Dengan itu tiada lagi kematian kerana mati sudah mati. Maka bertambah gembiralah penghuni syurga dan bertambah dukalah penghuni neraka.” Pengajaran: - Kehidupan akhirat adalah abadi - Usahalah untuk kehidupan yang abadi - Jangan lupa untuk membolot kekayaan dunia demi untuk membeli syurga Allah.

Monday, July 1, 2013

SANAH HELWAH, ABANG...

Duhai suamiku,
Di keterbatasan ruangan ini, banyak yang ingin aku tulis tentangmu
Mohon waktumu untuk menatapi karyaku, walaupun tidak sehebat karya Maha Agung
Namun percayalah bahwa karya ini lahir dari hati seorang isteri

Saat ini sungguh terasa malu untukku bertanya
namun, berkatalah benar walaupun pahit
Sejak kita diijab kabulkan, adakah engkau gembira tiap kali melihat aku sebagai isterimu?
Suamiku sayang,
diri ini tidak pandai bermain dengan kata-kata
apatah lagi untuk bertukar-tukar cerita
bercerita seperti pasangan bercinta
mungkin ini penyebab hambarnya cinta kita  
Abang,
saat ini aku pohon sabarmu
sabar dalam menghadapi kerenahku
dan juga sabar dalam membesarkan anak-anak
kerana medan perjuangan masih terbentang luas 
ikhlas,
isterimu.

Thursday, June 27, 2013

3 IN 1

Senang sambut birthday bulan 6 ni...sebab sambut untuk tiga anak sekali gus!! Kak bihah, kak bilah dan adik yam...birthday kak bihah dan kak bilah jatuh pada 9 Jun dan adik yam pulak pada 3 Jun.  Kiranya sekarang ni si kembar dah menginjak ke usia 4 tahun dan adik yam 2 tahun...

Ummi beli kek sebijik je, pastu tulis nama 'ramai-ramai' kat atas kek tu...save BUDGET!

Jom layan gambar!


kek SAVE BUDGET..

tu dia....three birthday girls


semua pandang sini, abi nak snap gambar!

MOGA MEMBESAR MENJADI ANAK YANG SOLEHAH, TAAT PADA SURUHAN ALLAH DAN MENJADI PEMBELA AGAMA ISLAM.

Tuesday, June 18, 2013

MANGSA KEADAAN!

Sering kali menjadi mangsa, dek kerana 'kerakusan'..........







































 
sedikit perkembangan adik Sofaa...
 
1.  umur 3 bulan dah pandai minum susu formula walau pun dalam pantang ummi tak pernah beri...ingat nk full breastfeed sampai umur 6 bulan tapi ada satu hari tu ummi terpaksa berkursus dari pg sampai ke petang...PBS punya pasal!
 
2. umur 4 bulan dah pandai angkat kepala...pantang kepala tuu, kalau letak kat tempat tinggi, mesti nak angkat...so tido tak payah pakai bantai...haa,satu lagi, dah pandai berenang....opps, silap! dah pandai menerap
 
3. suka hisap jari, macam kakak nabilah...  
 
4. kuat tido! asal je abi balik keje, mesti dah tido...pulak tu,tido sampai subuh...sampaikan bila abi pegang nak sembang-sembang, mula la buat muka 'sebek'...TAK KENAL ABI... 
 
 

BANYAK YANG PERLU DIPERBAIKI

 
 
"jika kau tidak berjaya dalam sesuatu urusan, maka ketahuilah di sisi Nya, bahawa itulah yang terbaik buatmu, mungkin kerana kau belum bersedia atau kerana kau belum mampu memikulnya sekarang atau sebab Dia ada menyediakan untukmu sesuatu yg lebih baik, yang sedang datang kepadamu..”
 
HADITH THULATHA
Umur yang diberikan adalah ujian.  Biar kamu lulus ujian.  Semua orang nak lulus ujian.  Jadilah kamu orang yang lulus ujian Allah, walaupun kamu gagal ujian –ujian lain.

Tuesday, June 4, 2013

KAPAL PECAH!


Hari ni, ummi janji dengan anak-anak, kalau nak p jalan-jalan (keliling taman perumahan ni je) semua kena tido dulu...








dan inilah hasilnya

macam kapal pecah!


 kakak terdampar di tengah2 'lautan'. 


adik kalau x hisap jari mmg tak sah.
 
 
 
 
NI LA...AKTIVITI YANG SENTIASA DINANTI-NANTIKAN OLEH ANAK-ANAK.
 
 
6 bersaudara...
 
 
kalau masuk lumba lari mesti ummi kalah...
 
 
berhenti sekejap...ummi nak tarik nafas.
 
 
kepanasan!
 
 

Saturday, May 4, 2013

SUKANEKA PASTI AJWAD, KUANTAN

TARIKH: 1 MEI 2013
MASA: 8.00 PAGI-12.00 TGHR 
TEMPAT: PADANG DEPAN PASTI AJWAD


Bahang Pilihanraya Umum ke-13(PRU 13)


Berkampung di padang sempena Cuti Hari Pekerja


Serba merah!


Model topi...apasal Abg Ayyash tu?


Kami 5 bersaudara!


Saya yang ke-6!

Sunday, April 14, 2013

ADA ORANG MINAT

Ada sorang budak cina ni...minat sungguh dengan adik Yam...siap pegang tangan adik Yam lagi.  Ke mana adik Yam pergi, dia mesti ikut...

Tempat: Playground Giant Kota Damansara.


Ni la budaknya...

HARI TERBUKA ATM, KUANTAN PAHANG.



ENTRY TANPA CATATAN

TEMPAT: PENGKALAN UDARA KUANTAN, PAHANG
TARIKH: 6 DAN 7 APRIL 2013







Saturday, April 13, 2013

ADA-ADA AJE ANAK-ANAK NI!


SEMUANYA serba terbalik!!

"Ummi, muallimah suruh ummi tanda tapak tangan"


Sapa la yang dok bagi adik Sofaa makan makanan tambahan ni?

Ooo...budak ni la punya keje ye!

Pandai-pandai gunting rambut sendiri, ganti tugas abi..ni abg muaz punya keje la ni!
waktu kejadian : tahun 2012.


Laa...x serik-serik lagi..ini sendiri punya kerja...
waktu kejadian: 2013