Monday, January 10, 2011

PATUT KE UMMI ADA PERASAAN MACAM TU?

Salam sayang buat anak-anak ummi…sblm menulis dgn lebih lanjut, ummi pohon maaf terlebih dahulu, takut-takut catatan ummi pada kali ini sedikit beremosi! Ummi cuma hendak berkongsi rasa hati dan ummi rasa tak salah rasanya untuk menulisnya di sini kerana dgn catatan ini, diharapkan anak-anak dapat mengambil iktibar…

Kisahnya bermula semasa ummi menghadiri usrah mingguan… ntah bagaimana tiba-tiba di akhir usrah ada seorang kawan ummi membangkitkan perihal rumahtangga. Kawan ummi menceritakan betapa penatnya menguruskan rumahtangga…di mana dia terpaksa berhadapan dgn pelbagai kerenah anak-anak, ditambah pula dgn kerja-kerja sbg seorang isteri…sehinggakan dia mengibaratkan dirinya seperti orang gaji!

Terdiam ummi buat seketika! Pandangan ummi pada waktu itu, tak sepatutnya kawan ummi berpendapat sedemikian…sememangnya tugas sebagai seorang isteri dan ibu memerlukan pengorbanan yang tiada tolak bandingnya…
Tetapi apa yang sedihnya anak-anak, kadang kala ummi seperti mengiyakan apa yang kawan ummi katakan tu…apa yang membuatkan ummi merasakan sedemikian ialah kerana sejak dulu lagi ummi perlu menyelesaikan semua kerja di rumah dan ummi rasa tak ubah seperti orang gaji…ummi minta maaf sekali lagi kerana mungkin ada yang tidak setuju dengan ummi sebab mengibaratkan kerja-kerja mulia yang dilakukan oleh para ibu itu, ummi samakan seperti tugas-tugas yang perlu dilaksanakan oleh orang gaji!

Bukan apa anak-anak, tetapi itulah hakikatnya…hakikatnya ummi merasakan sedemikian dan lintasan ini timbul apabila ummi merasa PENAT! Ya anak-anak, ummi merasa penat menguruskan semua perkara… bermula daripada balik dari sekolah sehinggalah anak-anak tidur...sampai rumah, terus masuk dapur dan mula memasak, selesai memasak bagi anak-anak makan. Selepas tu, mandikan anak-anak tapi adakalanya abi ambil alih tugas ni… selepas magrib, tidurkan anak-anak dan ummi selalunya terlelap sekali dgn anak-anak…bangun balik pukul 11.00 malam, dan ummi kena sambung balik kerja-kerja yang x selesai tadi…seperti sidai baju-baju, kadang kala lipat baju-baju…lepas tu, iron baju…akhir sekali prepare baju anak-anak untuk ke pasti/nursery…Ummi masuk tidur semula dalam pukul 1.30/2.00 pagi…

Kadang kala ummi rasa ummi kurang dan tiada masa untuk tingkatkan amal ibadah ummi…perbanyakkan hafazan, bangun solat malam, membaca buku-buku ilmiah dll…Untuk pengetahuan anak-anak, ummi selalu terfikir, andainya masa lepas itu boleh diulangi, ingin ummi kembali semula dan hidup seperti zaman ummi muda-muda dahulu…di mana ummi belum berkahwin, punyai anak-anak dan tiada tanggungjawab seperti sekarang! Dan ummi rasa ummi mampu melakukan dengan lebih baik dan tunaikan tanggungjawab sebagai seorang anak berbanding tanggungjawab sebagai seorang ibu, apatah lagi sebagai seorang isteri!!!

Akhir kata, ummi memohon maaf sekiranya ada individu yang tidak setuju dan tidak selesa dengan penulisan ummi pada kali ini…ummi cuma mahu anak-anak ummi tahu apa yang terbuku di hati ummi.

((Wahai hawa janganlah kau merungut di atas kesusahan yg terpaksa kau tanggung dalam hidupmu. Perih jerih hidupmu menjaga seorang insan bergelar suami itu pahit... sabar itu mudah diucap, tapi terlalu pahit ditelan. Saban bulan badan badanmu sakit tika haid tiba. Mood kau berubah dari ceria kepada kusam. Dengan kesakitan itu kau terlantar, jika kau bernasib baik mungkin suamimu memahamimu... emosimu terganggu, tambah teruk jika tika itu kau terpaksa berhadapan dgn kerenah anak anak yg nakal atau kesibukan yg amat.
Kau akan mudah marah...itu bukan kehendakmu....Bagaimana jika kau gagal mengawal emosi? Dalam kesakitan yg hanya kau saja yg memahaminya... Mungkin ada yg melebelkan dirimu insan yg tak berpendirian.Tapi ingatlah senyum di bibir harus kau ukir menyambut suami di pintu... layanilah dirinya...Ubatlah kedukaan hatimu...

Rasullullah bersabda
" wahai anakku Fatimah, perempuan yg menenun dan menjahit pakaian suami dan anak anaknya diwajibkan ia masuk syurga dan diberikan Allah kpdnya kota didlm syurga utk setiap seorg yg memakai pakaian yg dijahitnya"

Diriwayatkan oleh sisi Aisyah, Rasullullah bersabda:
" tidak seorg wanita yg berhaid melainkan haidnya menjadi penebus dosa baginya.dan pd hari pertamanya ia dipastikan oleh Allah bebas dr api neraka, melintasi sirat, aman dr azab dan diberi utk tiap-tiap satu hari satu malam darjat 40 syahid selama ia ingat dan berzikir kpd Allah dlm masa haidnya"

Diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Masud, Rasullullah bersabda:
"jika seorg perenpuan membasuh pakaian suaminya, Allah mencatatkan baginya 1,000 pahala dan diampunkan baginya 2,000 dosa dan meminta ampun baginya segala sesuatu yg disinari matahari serta diberinya 1000 tingkat darjat" diriwayat oleh Abu Mansur dalam Musnad Al-Firdaus. ))




1. Katakanlah (Wahai Muhammad); "Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan Yang menciptakan sekalian makhluk,

2. "Dari bencana makhluk-makhluk Yang ia ciptakan;
3. "Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk;

4. "Dan dari kejahatan makhluk-makhluk Yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan);

5. "Dan dari kejahatan orang Yang dengki apabila ia melakukan dengkinya".


No comments:

Post a Comment