Monday, December 20, 2010

DEERLAND,LANCHANG

Alhamdulillah, dengan izin Allah cuti anak-anak terisi dengan aktiviti yang berfaedah. Hujung minggu lepas, tok ki, tok, cik ma dan ummi na datang. Pada hari Ahad, 12 Dis 2010 kita pergi menziarahi sahabat di Temerloh. Dalam perjalanan pulang, abi telah mengambil keputusan untuk singgah sekejap di Deer Land, Lanchang. Haaa… kat sinilah masa yang paling menyeronokkan buat anak-anak. Apa taknya, anak-anak berpeluang untuk memberi sendiri rusa makan. Ini pengalaman yang amat berharga…dapat kenal dengan haiwan-haiwan yang ada kat situ, secara live!




Adik tengah bagi rusa makan ubi kayu.


Abg Ayyash pun nak cuba jgk


Tekun mendengar cerita petugas...jangan pegang tanduk rusa, kalau tak nanti orang yang ada kat depan kena tanduk...



Curiousity...



Abi nak tumpang glamour!


Ummi Na nak cuba jgk!


Abg Muaz meronta-ronta minta tangannya dilepaskan...abi suruh abg Muaz gosok bulu di badan Black.



Kakak memang berani!



Contoh terbaik...abi kena buat dulu, baru abg Muaz nak ikut buat sama.


Proud as a peacock!



Rehat jap...take 5!


Wednesday, December 8, 2010

AKTIVITI CUTI SEKOLAH

Syukur pada Allah sebab ummi diberi kekuatan untuk menjaga anak-anak di musim cuti sekolah ni…dan ummi akui ia bukan perkara yang mudah kalau TIADA kesabaran…apa tidaknya, empat orang anak sudah pastinya mempunyai empat kerenah yang berbeza. Itu baru empat orang anak, belum lagi 10 orang! Emm…itulah hakikatnya tugas seorang ibu.

Sepanjang cuti sekolah ni, anak-anak lebih banyak duduk di rumah…tetapi ada kalanya terpaksa dihantar juga ke nursery sebab ummi kena pergi ke sekolah. Maklumlah ummi s/u peperiksaan dan sekarang peperiksaan SPM sedang berjalan. Dan kebetulan ummi pun mengajar tingkatan 5, subjek Perdagangan…jadi ada masa kena dtg bertugas di sekolah bila tiba hari di mana pelajar-pelajar menjawab kertas Perdagangan.

Target ummi untuk cuti sekolah ni ialah:
-Abg Ayyash boleh mengenal dua suku kata
-Abg Muaz boleh membaca Iqra’ 1.
-Kakak dan adik boleh mengenal huruf hijaiyyah.

Ummi dapat rasakan yang ummi kurang memberi tumpuan dalam aktiviti pendidikan anak-anak bila dah ada empat orang anak ni…Berbanding masa Abg Ayyash dulu, ummi ada masa dan kalau tak silap ummi sewaktu Abg Ayyash berumur 2½ tahun, abg dah boleh mengenal dan menyebut A-Z, Alif-Yaa dan One-Ten…dan seingat ummi sewaktu hendak tidurkan abg, ummi selalu membaca A hingga Z dan kemudian ummi akan membaca secara terbalik pula iaitu Z hingga A…ummi ulang-ulang aktiviti ini sehinggalah ummi SENDIRI boleh hafal dan ingat Z- A…


Z, Y, X, W, V, U, T, S, R, Q, P, O, N, M, L, K, J, I, H, G, F, E, D, C, B, A.


Dan untuk aktiviti pendidikan anak-anak ni, ummi rasa mungkin Abi pun kena tolong ummi!
Ummi masih ingat sewaktu ummi berumur 6-7 tahun, pada waktu tu,جد (Jad= datuk, panggilan baba ummi) yang akan mengajar ummi membaca Al-Quran. Tak dapat digambarkan betapa garangnya جد bila ummi tersilap baca…pasti dilukunya kepala ummi, takpun kena tarik telinga…Tiap-tiap hujung minggu, lepas solat Subuh ummi dan maksu kena baca Al-Quran dulu…maksu selalu selamat sebab bacaannya lebih baik daripada ummi, malu jugak adik lebih terror dari kakak!.
Untuk pengetahuan anak-anak, جد tak beli TV sehinggalah ummi berumur 6 tahun…slps. berumur 6 tahun barulah ummi berpeluang menonton TV di rumah…tapi ummi masih dikira bernasib baik kalau nak di bandingkan dengan mak long dan mak lang. Kalau ummi nak kenal rupa TV pun ambil masa 6 tahun, bagaimana pula dgn mak long dan mak lang? Waktu itu, mak long berumur 14 tahun dan mak lang pula 9 tahun…

Tetapi apalah sangatnya nikmat dan keseronokan mendapat TV kalau nak dibandingkan dengan keseronokan mendapat didikan dari ibu dan ayah sehingga anak-anak beroleh kejayaan!
Akhir sekali, ummi ingin ingatkan anak-anak dengan kata-kata ini...menarik sekali bunyinya…

“ Jangan bimbang jika diri tidak dihargai tetapi bimbanglah jika diri tidak berharga.”


Di bawah ni, gambar-gambar anak-anak mandi di luar rumah...semua menanti-nanti saat nak mandi. Lepas penat bermain, aktiviti wajib ialah mandi-manda...kadang kala tu, nak keluar rumah bukan sebab nak main, tapi nak mandi...mainnya tak banyak mana!

Seronok dapat bermain bubbles :)


Adik menangis sebab tak dapat pegang paip air.


Cancel! tak jadik nak ambil jadi duta ubat gigi- Abg Ayyash


Sedih yang amat sangat! Kakak tak dapat pegang paip air

Turn Abg Muaz pulak pegang paip air :)

Friday, November 19, 2010

HAPPY 5TH ANNIVERSARY!


SALAM PERPISAHAN

Jamuan akhir tahun para pelajar.


Minggu lepas, para pelajar sibuk mengadakan jamuan akhir tahun. Jamuan ni dah jadi macam acara tahunan pelajar-pelajar…tiap-tiap hujung tahun, ada je acara makan-makan…kadang-kala,5 hari berturut-turut muallim/muallimah x yah beli sarapan pg n makanan tghri…apa x nya,dari hari Isnin sehinggalah hari Jumaat x henti-henti jamuan…


Tahun ini, tingkatan 3 Ibnu Umar terlebih dahulu telah membuka tirai untuk acara ini… dan diikuti oleh para pelajar tingkatan 5 Ibnu Sina…seterusnya tingkatan 4 Ibnu Kathir, gabungan tingkatan 2 Ibnu Mas’ud dan 2 Ibnu Rushd dan diakhiri oleh tingkatan 1 Ibnu Abbbas.

Pelajar-pelajar tingkatan 5 Ibnu Sina telah mengadakan jamuan akhir tahun merangkap sekali jamuan perpisahan…maklumlah lps peperiksaan SPM yang akan berakhir pada 20 Dis 2010 nanti, mereka akan terus bercuti, jadi mrk dah x berpeluang nak berjumpa dgn muallim/muallimah…

Jom layan gambar-gambar sepanjang majlis jamuan akhir tahun...

And the truth is...

A picture tells a thausand words

Jamuan akhir tahun pelajar-pelajar tingkatan 5.


(atas permintaan 'tuan majlis', muallim/muallimah semua perlu berpakaian biru... pada mulanya kami nak sabotaj 'tuan majlis' dengan berpakaian merah, tapi x sampai hati la pulak nak kenakan pelajar sendiri...buatnya diorang sakit jiwa...susah pulak kami!)



(muallim/muallimah sedang memilih juadah)

(wish you all the best)



(pemuda harapan agama)

( the hand that rocks the cradle is the hand that rules the world)




Saturday, September 18, 2010

DIA PERGI BUAT SELAMA-LAMANYA...

Saat ini, ummi kelu dan hilang kata-kata...tidak tahu bagaimana hendak memulakan bicara...

Pagi tadi, sekitar 4.20pg abi dan ummi menerima mesej mengatakan bahawa Ust Dahlan berada dalam keadaan nazak...selesai solat subuh, abi beserta beberapa orang sahabat Pahang bergegas ke Perlis. Sekitar jam 10.00pg, ummi menerima panggilan daripada abi mengatakan bahawa Ust Dahlan telah tiada...


Setelah hampir sebulan terlantang di hospital, akhirnya Ust Dahlan pergi jua...yang pasti, perginya tak kembali...Sedih rasanya...

Teringat kembali saat-saat bersama Ust...ketika Ust mengajar ummi dan kawan-kawan seperjuangan Bahasa Arab...begitu bersungguh-sungguh, walhal ummi dan kawan-kawan tak dengar banyak manapun apa yang Ust ajar... tetapi, itulah kenangan yang tak mungkin ummi lupakan...

Untuk pengetahuan anak4x ummi, Ust Dahlan merupakan Mudir Maa'had Attarbiyah Al-Islamiyah (MATRI). Beliau merupakan tulang belakang sekolah...begitu jugalah dengan sahabat-sahabat yang lain...dan ummi rasa, sejak kebelakangan ini ummi dan sahabat-sahabat yang lain telah banyak "kehilangan orang yang tersayang"...ummi halimaton, sir ghazali, cikgu zainuddin dan sir yahya...perginya mereka setelah berjaya melahirkan insan-insan yang berguna, setelah berjaya mengikat hati-hati ini dengan tarbiyah...

Hakikatnya, mereka telah pergi meninggalkan kita...dan kita...bila lagi?

The truth is...

When we are away from someone we love, we'll love them even more


Tuesday, September 7, 2010

KEMAAFAN DIPINTA

Bersempena menyambut Hari Raya , di sini saya ingin memohon kemaafan sekiranya terdapat salah dan silap,baik dalam percakapan mahupun dalam tindakan.

Buat abang,

maafkan saya andai kata sepanjang tempoh perkahwinan ini banyak kesalahan yang telah saya lakukan. Isterimu ini seorang yang lemah dan serba kekurangan. Dan disebabkan kekurangan inilah saya amat berharap abang dapat memperbaikinya. Perbaiki melalui teguran, nasihat dan contoh teladan.


Kadang-kadang ku bersuara tanpa berfikir
semua perkataan ku menjadi salah
Datanglah ke sini dan pegang tangan ku
Sementara ku cerita kehidupan isteri
Harap dimengerti

Kadang-kadang ku sakiti hati mu
Bila ku tolak sentuhan mu
Bukan bermaksud aku kurang menyayangi mu…
Namun cabaran terlalu

Kadang-kadang aku berubah pada pandangan mu
Tapi sayang, itu tidak benar
Tiada apa yang paling ku hargai
Daripada kehidupan manis bersama mu
(ungkapan ini dipetik di sini)

Buat mama dan baba,

d.iman mohon maafkan segala dosa yang telah d.iman lakukan...rasanya x terhitung kesilapan dan kesalahan d.iman terhadap mama dan baba memandangkan mama dan baba telah membela dan mendidik serta menjaga d. iman sejak dari hari pertama d.iman dilahirkan di dunia ini.

Di sini d.iman ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada mama dan baba kerana telah menyediakan kehidupan yang sempurna buat anakmu ini. Mana mungkin seorang ibu mahupun seorang bapa sanggup melihat anak-anaknya hidup dalam suasana serba kekurangan...

Di saat ini d.iman merasakan bahawa kasih sayang, wang ringgit, didikan dan asuhan yang mama dan baba berikan tidak setimpal dengan apa yang d.iman balas pada mama dan baba...betapa kecilnya pemberian anakmu ini kepada kalian...ketahuilah bahawa tiada sesiapa pun yang setanding kalian dalam memberi kasih sayang dan kesempurnaan hidup.

Akhir kalam, mohon ampunkan segala dosa anakmu ini.


Buat mak dan ayah,

Di sini saya memohon maaf sekiranya ada perbuatan, tingkah laku dan pertuturan saya yang kurang menyenangkan hati mak dan ayah.

Buat adik-adik,

K.Iman minta maaf sekiranya ada melakukan kesilapan sepanjang bergelar kakak ipar buat kalian.




Buat kawan-kawan seMATRI,

SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN. Semoga ikatan persahabatan kekal selamanya. Masih terbayang saat-saat suka duka bersama kalian.

Buat teman-teman sebilik sewaktu di UIA Matrik,

SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN. Lama x dengar khabar berita daripada kalian semua...kenangan bersama kalian masih segar dalam ingatan.



Buat sahabat baikku,

SELAMAT HARI RAYA buat Nurzaihan Mohd Wajiah dan keluarga... MAAF ZAHIR DAN BATIN.

KONFLIK

BILA SYAWAL HAMPIR TIBA.


1. Persiapan raya.

KEPERLUAN vs KEMAMPUAN

Yang mana satu harus menjadi keutamaan?


2. Balik beraya di kampung.



RUMAH MAK vs RUMAH MAK MERTUA

Hemmm...part ni yang pening kepala.


Kalau jarak rumah mak dgn rumah mak mertua satu negeri, rasanya x de masalah kot, tapi ada yang bersungut jgk sbb x dpt nak rasa mcmana orang travel balik kg. Kena plk kalau satu kawasan...

balik beraya dari rumah mak dan nak pergi pulak beraya di rumah mak mertua, x sempat lagu raya nak habis, dah sampai...


Kalau tinggal di Pahang... mak di KL sementara mak mertua di T'ganu. Haa...nak buat mcmana?

Setakat ni, saya baru dapat identify 2 konflik je...mungkin orang lain lebih dari tu...Cara nak menyelesaikannya...



1.

duduk berbincang




*




*




*




*




*




*




*




*



2.
throwing a coin in the air







P/S-semasa menulis entry ni, saya sekeluarga (suami dan anak4x) sudah berada di kampung sebelah suami...T'ganu.








Wednesday, August 25, 2010

PESANAN UMMI

# 1- Jangan lupa mendoakan ummi abi.

Ummi melahirkan anak-anak ke dunia, menyusukan dan membesarkan kalian. Abi pula bekerja mencari nafkah, agar kehidupan kalian tiada cacat cela.

Ummi abi tidak menginginkan apa-apa pun sebagai balasan. Cuma apa yang pasti, jangan lupa mendoakan kami. Ini kerana, “doa senjata mukmin”. Cukuplah sekadar doa dari kalian, doa memohon kesejahteraan kami.

24. dan hendaklah Engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, Dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil." (Surah Al-Isra’:24)

Anak-anak jangan lupa, tujuh golongan di mana doanya tidak terhijab malahan mustajab antaranya ialah doa anak soleh/solehah yang mentaati kedua-dua ibu bapa.

Rasulullah s.a.w bersabda tentang Uwais bin ‘Amir, “Dia memiliki ibu yang sangat ditaatinya. Jika dia berdoa, pasti Allah s.w.t akan memakbulkannya”. (1)



SUMBER-(1) Solusi, Isu 22, Ogos 2010









Thursday, August 19, 2010

MACAM-MACAM …

Tengah hari Isnin, saya masuk ke kelas tingkatan 5xx…setelah mengajar dan memberi latihan kepada para pelajar, saya pn duduk la sekejap…bosan tak tahu nak buat apa, saya pun bertanya kepada pelajar-pelajar.

Saya: Dah berapa juzuk antum baca Quran?Kalau ikutkan hari ini, dah 6 hari kita berpuasa dan sepatutnya sudah 6-7 juzuk Al-Quran kita dah baca...

(saya bertanyakan soalan ini dengan tujuan nak memberi tunjuk ajar dan di samping itu memberi peringatan dan motivasi kepada diri ini secara tidak langsung)

Tiba-tiba seorang pelajar lelaki menjawab…

Pelajar X: Muallimah, kita kalau nak baca Quran x boleh nak paksa-paksa…kita buat setakat yang kita mampu aje..ana tak paksa diri ana ini…

Saya: Kenapa anta buat setakat yg anta mampu aje sedangkan anta boleh buat lebih dari tu…sepatutnya bulan Ramadhan kita boleh buat yang lebih baik lagi…kalau bulan-bulan lain kita susah nak cari waktu utk membaca Quran,jadi sepatutnya pada bulan Ramadhan inilah kita gunakan kesempatan yg ada utk bertadarrus Quran…bulan Ramadhan ialah bulan yang mendidik jiwa, kita x sepatutnya buat ala kadar saje…sehari baca Quran satu muka saje, sebabnya… “ana mampu buat setakat ni jee”…kita x bleh guna alasan ni…

Pelajar X: Tak jgk Muallimah…kenapa bulan Ramadhan kita solat sunat byk2 contohnya solat tarawih sedangkan bulan lain kita x buat pun?kan setiap amalan tu lebih baik sedikit tetapi berterusan…

Saya: Memang la bulan Ramadhan kita solat tarawih sebab solat tu ada dalam bulan Ramadhan je… kita kena byk buat amal…sebab dalam bulan ini terdapat byk keistemewaannya. Rasulullah sendiri bersabda, “setiap amalan anak Adam adalah baginya, satu kebaikan dibalas dgn 10 ganjaran hingga 700 kali ganda” Pada Muallimah, tak timbul masalah kenapa bulan Ramadhan kita buat lebih amalan sedangkan bulan lain kita x buat langsung…

Pelajar X:Ntah la Muallimah…bagi ana sapa yang solat tarawih 21 rakaat tu, dia nak menunjuk-nunjuk…ana rasa buat 8 rakaat pun dah cukup…kenapa nak kena solat byk2 sedangkan di bulan2 lain x solat sunat pun…ntah la, ini pendapat ana aje…

Dalam hati saya… “Ishk… budak ni, aku le#p@*g kang!!”. Saya balas lagi, sebab x puas hati.

Saya: Kenapa anta cakap mcm tu? seolah-olah anta dah menjatuhkan hukuman pada orang yang solat tarawih 21 rakaat tu. Apa hak anta nak cakap mcm tu?
Pelajar X dan rakan-rakan seperjuangan.
Sebenarnya, panjang lagi dialog saya dengan pelajar terbabit. Apa yang nak saya katakan kat sini ialah tugas mendidik bukanlah satu kerja yang mudah. Mungkin pada pandangan orang lain, tugas guru hanya mengajar…habis mengajar, keluar kelas…sebenarnya guru kena buat lebih dari itu…

Dalam lingkungan sekolah guru berperanan sebagai : “Pemimpin belajar, fasilitator belajar, moderator belajar, motivator belajar dan evaluator belajar”.

Guru mewarisi tugas para nabi dan rasul untuk mendidik masyarakat. Guru mengajar masyarakat menjadi pandai dan berilmu, disamping itu mendidik anak-anak didik menjadi insan yang baik dan mampu berjasa kepada keluarga dan masyarakatnya.

Tuesday, August 17, 2010

MARHABAN YA RAMADHAN



Rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan “MARHABAN YA RAMADHAN”.



RAMADHAN yang kita tangisi pemergiannya setahun lalu kini datang lagi. Kita yang beriman pada janji Allah sentiasa menantikan kehadiran bulan ini. Selain itu, kita juga berharap agar Ramadhan kali ini akan menghasilkan buah taqwa.

Sunday, August 15, 2010

NANTI UMMI MATI TAK?


Masuk malam ni, dh 3 malam sy duduk di rumah dgn anak-anak...tanpa suami. Dia ke Perlis, ziarah Ust. Dahlan. Ini bermakna dah 3 malam jgk sy berbuka tanpa suami...sedih jgk, tapi best jgk sebab x yah masak beria-ria sgt utk berbuka...goreng telur, makan dgn kicap pn jdk laa...

Lepas selesai semua urusan, sy pn ngadap la tv...sekejap TV3, lps tu TV9...Di TV9, ada cerita Indon,Insaf: Angkara Guna-Guna Isteri Muda. Jalan cerita menarik jgk ditambah dgn sesi Q’n’A oleh anak sulung..tiba di satu babak, di mana perut si isteri tiba-tiba membusung,dia pn menjerit kesakitan...babak tu nampak cemas sikit sebab ustaz kena bertarung dgn si bomoh dan si isteri pn mcm dah nak sampai ajal je...

Tiba-tiba anak sulung pn tanya, “Ummi, nanti ummi mati tak?”. Sy pn bls, “Memang ummi akan mati, semua orang akan mati...”x sempat sy nak habiskan ayat, terus dia menangis dan menjerit, “Ummi jgn mati, kalau ummi mati abang nak duduk dgn sapa”. Masa ni, terharu sgt...terfikir jgk, kalau dh mati nanti, mcmna dgn anak4x..suami....?xpe, dia boleh kawin lain..

Pastu sy pn cakap dgn dia, bahawa semua org akan mati...manusia akan mati, haiwan akan mati dan semua makhlukNya akan mati...Jdk sebelum ummi mati abg kena dengar ckp ummi, kena tolong ummi dan x bleh marah2 ummi...

Itulah dia anak sulung sy, Ayyash Ansari. Kiranya kalau dia tengok tv dia dah pandai interpret setiap babak2 yg dia tengok...dia cepat tangkap apa yang dia tengok...

CUBA BUAT YANG TERBAIK

Assalamualaikum...
Dah lama saya x update blog ni...seperti biasa, sibuk dgn anak4x..sebenarnya byk perkara yg terlintas di kepala ni..tp bila buka laptop, terus hilang!Apa-apa pun saya akan cuba buat yang terbaik...InsyaAllah

Sunday, July 11, 2010

ALLAH MAHA PENCIPTA

"(Yang memiliki sifat-sifat yang) demikian itu ialah Allah tuhan kamu, tiada tuhan selain dia, yang mencipta tiap-tiap sesuatu.Maka beribadahlah kamu kepadaNya, dan Dia adalah Pemelihara segala urusan"

(Al- An'aam 6:102)


Kelahiran kembar.
Terdapat dua jenis kembar:

i. Kembar tak seiras (dizygotic twins)-berlaku apabila wujud dua ovum yang dikeluarkan dari ovari yang berbeza/sama dan disenyawakan oleh dua sperma. Proses persenyawaan ini akan menghasilkan dua individu yang berbeza dalam kandungan yang sama.

Setiap janin mempunyai karung tersendiri dan uri yang berbeza bagi setiap bayi. Jantina mungkin sama atau berbeza.


ii. Kembar seiras (monozygotic twins)-berlaku kerana wujud perpecahan pada embrio yang terbentuk daripada persenyawaan antara satu ovum dan satu sperma.


--> Jika perpecahan ini berlaku dalam masa tiga hari selepas persenyawaan, proses pembentukan kembar menyerupai keadaan kandungan kembar tidak seiras dengan dua uri dan dua karung.


--> Jika perpecahan berlaku di antara empat dan tujuh hari selepas persenyawaan, proses ini berlaku dalam satu pertiga kes kembar seiras dengan satu uri dan dua karung kandungan.


--> Apabila perpecahan berlaku lebih lewat iaitu dari lapan hingga 12 hari selepas persenyawaan, proses ini berlaku dalam dua pertiga kembar seiras. Satu uri akan terbentuk untuk kedua-dua janin dalam satu karung.


Kembar yang dihasilkan begini biasanya mempunyai jantina yang sama, sama ada kedua-duanya lelaki atau perempuan, rupa paras yang sama dan juga sifat dan perwatakan yang hampir-hampir sama.




5. Wahai umat manusia, sekiranya kamu menaruh syak (ragu-ragu) tentang kebangkitan makhluk (hidup semula pada hari kiamat), maka (perhatilah kepada tingkatan kejadian manusia) kerana sebenarnya Kami telah menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari setitik air benih, kemudian dari sebuku darah beku, kemudian dari seketul daging Yang disempurnakan kejadiannya dan Yang tidak disempurnakan; (Kami jadikan secara Yang demikian) kerana Kami hendak menerangkan kepada kamu (kekuasaan kami); dan Kami pula menetapkan Dalam kandungan rahim (ibu Yang mengandung itu) apa Yang Kami rancangkan hingga ke suatu masa Yang ditentukan lahirnya; kemudian Kami mengeluarkan kamu berupa kanak-kanak; kemudian (kamu dipelihara) hingga sampai ke peringkat umur dewasa; dan (dalam pada itu) ada di antara kamu Yang dimatikan (semasa kecil atau semasa dewasa) dan ada pula Yang dilanjutkan umurnya ke peringkat tua nyanyuk sehingga ia tidak mengetahui lagi akan sesuatu Yang telah diketahuiNya dahulu. dan (ingatlah satu Bukti lagi); Engkau melihat bumi itu kering, kemudian apabila Kami menurunkan hujan menimpanya, bergeraklah tanahnya (dengan tumbuh-tumbuhan Yang merecup tumbuh), dan gembur membusutlah ia, serta ia pula menumbuhkan berjenis-jenis tanaman Yang indah permai.
(Al-Hajj 22:5)



Untuk cerita menarik, klik di bawah.










SEMUA KEJADIAN DI ATAS BUKTI KEKUASAAN ALLAH.










Tuesday, July 6, 2010

SALAM TA'ARUF

mari berkenalan dengan anak-anak.



Nama: Ayyash Ansari Nidzamuddeen
Tarikh Lahir: 27 Ogos 2006 @ 12.12 am
Tempat Lahir: Hospital Kuala Terengganu, Terengganu
Berat: 3.3 kg Panjang: 50 cm

Nama diambil sempena nama hero umat Islam...hero yang pernah digeruni bangsa Yahudi suatu ketika dahulu, Asy-Syahid Yahya Ayyash!










Nama: Muaz Majdi Nidzamuddeen
Tarikh Lahir: 9 Januari 2008 @ 12.31 am
Tempat Lahir: Pusat Perubatan Universiti Malaya, Kuala Lumpur
Berat: 3.4 kg Panjang: 49 cm








Nama: Dhia Nabihah Nidzamuddeen @ kakak
Tarikh Lahir: 9 Jun 2009 @ 5.35 pm
Tempat lahir: Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan
Berat: 3.1 kg Panjang: 49 cm


Nama: Dhia Nabilah Nidzamuddeen @ adik
Tarikh Lahir: 9 Jun 2009 @ 5.50 pm
Tempat lahir: Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan
Berat: 2.05 kg Panjang: 45 cm
"Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadilah kami imam ikutan bagi orang yang bertaqwa" (Al-Furqan: 74)

Monday, July 5, 2010




Satu-Baru nak habis
Dua-Tengah banyak
Tiga dan Empat-Baru nak start
Cuba teka, apa dia?




Haa... entry kali ni nak cerita pasal anak-anak...anak-anak kena demam campak!
Mula-mula skali, abg Ayyash yang kena dulu. biasa la, anak sulungkan..dia demam minggu ke-2 cuti sekolah..lps dah ok, sempat gi taska seminggu.Tut-tut lps tu, Muaz plk kena jangkit...bila si Muaz dah demam, x sampai hati la plk nak hantar si abg pi taska sorang2...kesian, x de geng.

So berkumpul la 4-4 org anak kat umh ni..saya biasanya kalau cuti sekolah mmg x hantar anak kembar perempuan pi nursery..cuma anak-anak lelaki je pi taska...suami hantar,otw ke tempat kerja.

Bila anak dah demam, applied la cuti..Isnin, Selasa...tiba je hari Rabu, si kembar plk ada simptom2 kena jangkitan..nampak gayanya, kena apply lg la cuti..Mujur la suami baik hati, jadi kami gilir-gilir bercuti..cuti saya x byk,biasa la cikgu sekolah...

Lps dah seminggu, campak Muaz dh kering..dia dan abg dah boleh p ke taska,itupun nangis2 tak nak p...dah selesa dok kat umah..saya dan suami masih bergilir-gilir cuti sbb si kembar tak pulih sepenuhnya lg.ditambah plk si adik kena kudis api...KUDIS API!

Saturday, July 3, 2010

SELAMAT HARI LAHIR.



Emm...speechless dan keras tangan...x tahu nak tulis apa

maaf la bang, sy ni x pandai nak tulis ayat-ayat bunga (baca:cinta)..

Ok la, sempena hari lahir abg yg ke 31 ni,(well, it just a number... the matter of thought that's count right?) sy doakan agar hidup abg sentiasa diberkati Allah, sentiasa ceria, sentiasa dimurahkan rezeki, sentiasa tercapai semua hajat (dgn izin-Nya) sentiasaa... apalagi hah?pape pn, sy senantiasa mendoakan agar abg sentiasa dapat yg terbaik.


Abang...berusahalah semoga hari esok lebih baik daripada hari ini dan hari ini lebih baik daripada semalam kerana kata-kata hikmah ini sepatutnya menjadi kayu ukur dalam kehidupan kita seharian...Tapi, hakikatnya, benarkah hari ini lebih baik dr semalam?

Abang...usia byk mengajar kita mjadi dewasa. Diharap semakin bertambahnya usia, kita menjadi semakin matang, terutama sekali matang dalam mengharungi cabaran rumahtangga dan ujian mendidik anak-anak.

Istiqomah dalam setiap pekerjaan dan ingatlah masih banyak lagi urusan2 yang sedang menanti abg...


Akhir kata, selamat hari lahir...sebenarnya dh lama sy karang, cuma lambat nak publish..

Tuesday, June 29, 2010

AKHIRNYA...

Alhamdulliah, akhirnya berjaya juga 'cipta' blog sendiri. Sebenarnya, saya malas nak ber'blog' sbb:

1.saya x berbakat langsung dlm bidang penulisan..
2.kalau dah ber'bog' ni, mesti nak kena up-date slalu..
3.memang x pandai nak bt blog

tp bila tengok semua kawan-kawan boleh dikatakan majority dah ada blog...saya rasa teruja nak ada blog sendiri..dan saya seronok membaca blog mrk..banyak perkara yg saya belajar,dan saya akui...saya manusia yang banyak kelemahan! Bercakap ttg kelemahan, Alhamdulillah, saya ada suami yg selalu mengingatkan saya.

Dan sebagai cikgu IT, kelemahan saya yg paling ketara ialah bila x de blog...Pelajar2 slalu b'tanya. "Muallimah ada blog x?". Jawab saya, "Ishk.. Muallimah ni x pandai la nak b'blog2, lagi pn x sempat...sibuk dgn anak-anak". Balas mereka, "Eh...x percaya la. Muallimah kan cikgu IT...mana boleh x pandai!"...

Jadi bila dah ada blog ni, rasanya dah kurang kot 1 kelemahan saya...InsyaAllah.