Monday, November 19, 2012

HAPPY 7TH ANNIVERSARY


19-11-2005 - 19-11-2012



Semasa mengandung, mulutku asyik mengeluh sakit sini , sakit sana...tidur sering tak lena dan berubah menjadi pemarah dan sering berduka.  Bukan aku sengaja, tetapi segala yang kurasa di setiap inci tubuhku, menimbulkan resah dan tidak selesa.  Sabarkah engkau dengan kelemahamku ini?

Semasa mengandung, upayaku untuk melayan keperluanmu tidak seperti biasa.  Aku lemah, sering juga hambar tiada penarik.  Sehebat-hebat mujahadahku, diri ini amat terbatas dalam upaya berperanan sebagai isterimu.  Masihkan aku buah hatimu?

Semasa kita mula berumah tangga, pasti hidup kita indah bagai di syurga.  Tambah pula dengankurnian cahaya mata pertama.  Namun, apabila cahaya mata makin bertambah bilangan, tanggungan dan bebanjuga semakin bertambah.  Dalam suasana yang banyak tekanan, apakah engkau masih mampu ceria?  Sabar dengan kerenah anak-anak dan ibu mereka, terus tersenyum menawarkan bahagia?

Jika aku diuji dengan ujian yang meluruhkan rambutku, tubuh lemahku menumpang kasih dalam pelukanmu, berak dan kencingku di dalam kain batik, masihkan engkau mencintaiku?



Monday, August 27, 2012

SANAH HELWAH


“Allah is the Master, He gives, grants, bestowed the one whom He wants, You are the one of those lucky people to have his Blessings.”



Selamat hari lahir yang ke-6, Ayyash Ansari.


Ini dia birthday boy untuk bulan ini...

 

Dikelilingi oleh adik-adik yang dah x sabar nak makan kek.


Doa abi dan ummi semoga Abang Ayyash membesar menjadi contoh terbaik buat adik-adik, anak yang soleh dan sentiasa taat pada Allah, Rasulullah dan seterusnya abi dan ummi.


Tuesday, June 19, 2012

HAPPY BELATED BIRTHDAY 2.0

Haa...ni pun kes yang sama jugak...menulis sikit, pastu jadik draft...hari ni ummi ada sedikit kelapangan dan ummi nak jugak publish entry ni, buat tatapan anak-anak ummi.

Kakak dan adik genap tiga tahun pada 9 Jun dan bila tiba bulan Jun, tiga orang anak ummi akan bertambah usia...

Happy birthday to a super special three years old.

   
Adik... 


Kakak...



Cepat betul anak-anak membesar!

HAPPY BELATED BIRTHDAY..


Emm...sedih sangat sebab x sempat nak up-date entry ni on time.  It supposed to be on 3rd June...menandakan Adik Yam dah berumur 1 tahun.

Hari tersebut jatuh dalam cuti sekolah dan ummi x sempat nak post, cuma sempat draft je..

By the way, this is just the first of many birthday's to come...Insyaallah, moga dipanjangkan umur.

                                                           While you were sleeping!


                                                         Antara peminat buah durian.


Kononnya nak mengemas...


Last-last jadik macam ni!

Saturday, June 9, 2012

LAYAKKAH UMMI?

Yaumul Ihtifal 2011 @ Sempurna Resort Kuantan Pahang.
Ucapan perasmi majlis, Dato' Sulaiman Ahmad.
Naib Presiden Celcom Wilayah Timur. 


Dinobatkan sebagai Tokoh Guru Cemerlang 2011.

Monday, March 26, 2012

TADABBUR ALAM

Hujung minggu lepas, anak-anak dan abi ikut ummi bermukhayyam di Lubuk Tukang Kayu, Sg Lembing. Ni aktiviti sekolah dan ummi bertugas untuk mukhayyam siri 1 ni...program mula hari Jumaat dan berakhir hari Ahad...pada mulanya, ummi dan abi serba salah...samada ummi pergi sendirian dan tinggalkan semua anak-anak pada abi atau 'angkut' semua sekali pergi...serba tak kena...kalau tinggalkan anak-anak, adik yam masih menyusu badan, kalau bawak semua anak-anak, kena meredah hutan sebelum sampai ke tapak perkhemahan. ALHAMDULILLAH, selesai solat subuh hari Jumaat, abi bagi jawapan, "semua pergi."


Pemandangan dari atas bukit,di bawah tu la tapak perkhemahan.


Abi tengah nak set up khemah.


Anak-anak kelaparan setelah penat berjalan meredah hutan


Panorama di tapak perkhemahan


Saat-saat yang dinantikan oleh anak-anak...


Kakak-kakak berkumpul untuk mendengar taklimat perkhemahan



Alhamdulillah, adik yam tak banyak kerenah dan abi banyak membantu ummi.


Panas terik!!!


Emm...ada-ada aje, anak-anak ni...


Hari Sabtu, perjalanan keluar dari tapak perkhemahan


Insyaallah, kalau diberi peluang kita datang lagi!



19. dan bumi ini Kami bentangkan, dan Kami letakkan padanya gunung-ganang Yang kukuh terdiri, serta Kami tumbuhkan padanya tiap-tiap sesuatu Yang tertentu timbangannya.


20. dan Kami jadikan untuk kamu pada bumi ini Segala keperluan hidup, juga Kami jadikan makhluk-makhluk Yang kamu bukanlah orang Yang sebenar menyediakan rezekinya.


21. dan tidak ada sesuatupun melainkan pada sisi Kami sahaja perbendaharaannya dan Kami tidak menurunkannya melainkan Dengan menurut kadar dan masa Yang tertentu.


Al-Hijr (15) ayat 19-21














Friday, January 27, 2012

LAIN DARI YANG LAIN

Assalamualaikum anak-anak,

Catatan ummi kali ini tentang adik Maryam...dan ummi rasa inilah catatan pertama, julung-julung kali setelah adik Maryam berumur 7 bulan. Alhamdulillah, menjaga dan membesarkan adik Maryam tidaklah susah...sebab tak banyak ragam dan sehingga ke saat ini ummi masih menyusu penuh adik Maryam.

Walaupun dah mencecah 7 bulan, tapi adik Maryam masih lagi tidak boleh merangkak...dan ummi rasa pergerakkan adik Maryam agak lambat...kawan-kawan yang sebaya adik Maryam dah pandai memanjat...merangkak apatah lagi...lajuuuu!


Tapi, yang membuatkan adik Maryam lain dari yang lain ialah adik Maryam suka melompat...asal aje orang angkat, mesti nak lompat...kalau letak atau biar terbaring, mesti menangis! sampaikan kalau kat nursery, pengasuh terpaksa 'menggantungkan' adik Maryam...x sampai hati nak biarkan menangis!


bebas berdiri..and let me be free

melompat seolah-olah menggunakan trampolinkeletihan...x larat nak lompat dah!

p/s: ummi dah cuba berkali-kali meng'upload' video adik Maryam melompat-lompat, tapi tak berjaya...

Thursday, January 26, 2012

Mesej yang pernah ummi terima daripada abi… “Di rumah, ibu bapa pelakon dan anak-anak penonton. Apabila keluar, anak-anak melakonkan apa yang mereka tonton-Dr. Asmawati”


Apabila ummi baca mesej ni, ummi akan teringat satu kisah yang ummi baca dalam majalah solusi isu #39.

Si anak mengadu kepada ibunya, “Ibu, perut Ahmad sakit…”


Si ibu pun menjawab, “Ini mesti sebab perut Ahmad kosong. Kan ibu dah suruh makan tadi, tapi kamu tak mahu makan. Haa…tengok, kan dah sakit. Dah, mari sini makan sikit. Nanti reda la sakit tu.”

Tidak lama kemudian, si anak melihat ibunya memicit-micit kepalanya.

Lantas si anak pun bertanya, “Ibu sakit kepala ya?”

Si ibu pun menjawab, “Ya, rasa berdenyut-denyut pula kepala ibu ni”

“Ahmad tahu.” Spontan anaknya berkata. “Ini mesti sebab kepala ibu kosong”

Pengajaran.
Ibu bapa adalah guru pertama si anak. Oleh sebab itu, sebagai ibu bapa, teladan yang baik haruslah ditonjolkan di hadapan mereka.



Tapi sebagai manusia biasa, ummi kadang kala tidak dapat mengawal tindakan ummi...lebih-lebih lagi apabila penat dan berada dalam keadaan marah. Penat melayan kerenah anak-anak yang pelbagai dan marah apabila anak-anak tidak mendengar kata... ada kalanya ummi bertindak di luar dugaan.



Abi ada pesan pada ummi, sebelum bertindak melakukan sesuatu contohnya nak tarik telinga anak sebab anak tuang minyak, kita kena pause dulu... tapi masalahnya, boleh ke nak pause dulu?




Monday, January 9, 2012




What goes up but never comes down?


Your age.





peminat fanatik BOBOIBOY

berani...

jangan harap dapat pinjam lego warna MERAH!



pernah jadi model tudung!
muka ada iras macam adik maryam!




Hugs and kisses to you on your birthday.



Wishing you a very happy birthday.




Thursday, January 5, 2012

Hari pertama di Iqra’ Siti Fatimah.

Pagi tadi,abi dan ummi sempat meluangkan waktu…menemani abg Ayyash dan abg Muaz ke Iqra’ Siti Fatimah. Hari ni hari pertama abg Ayyash dan abg Muaz di PASTI baru ni. Alhamdulillah, anak-anak abi dan ummi sangat bagus sbb tak menangis dan ummi harap anak-anak dapat menyesuaikan diri dengan suasana… maklumlah ni pengalaman pertama buat abg Muaz. Satu penghijrahan, dari alam nursery ke alam pra persekolahan.


abg Ayyash sedang mencari-cari kelibat abi dan ummi
abg Muaz masih lagi 'shock' dengan suasana baru ni...
tengah sibuk mengeluarkan semua buku-buku latihan

Besar harapan abi dan ummi bila hantar anak-anak ke sini. Moga anak-anak membesar dalam biah solehah dan berjaya menangkis segala cabaran yang mendatang apabila besar kelak…Moga menjadi anak-anak ‘penyejuk mata dan hati’ abi dan ummi…Moga menjadi para pemuda yang dapat membela Islam dan ummah.


A few years back...............



Have you ever noticed that time goes very fast?



Maksud sebuah hadis Rasulullah SAW “ Bahawa masa itu Ibarat pedang yang tajam, Jika kamu tidak memotongnya maka kamu akan dipotongnya “. Oleh kerana kepentingan masa, maka Allah Taala bersumpah dengan Wal-asr. Iaitu “Demi Masa”. Manusia akan sentiasa berada didalam kerugian sekiranya tidak dimenfaatkan masa itu dengan panduan iman dan taqwa.
Jika masa itu diisi dengan aktiviti harian yang tiada manfaat maka ia seumpama menanam pohon lalang, yang tiada berguna dan tiada memberi pulangan apa apa, sepertimana maksud hadis Rasulullah SAW daripada Abu Hurairah r.a.

“ Di antara tanda kebaikan keIslaman seseorang ialah meninggalkan perkara yang tidak berguna baginya "