Tuesday, February 1, 2011

TAKUTNYA UMMI!

Assalamualaikum anak-anak…mlm ni ummi busy skit sbbnya esok ummi akan dicerap oleh GPK 1…huh, sungguh mendebarkan sebabnya:

1. GPK 1 tu muallim, segan la pulak!
2. Kena masukkan sekali elemen AMK…Akidah Merentasi Kurikulum.

Ummi mengajar Perdagangan tingkatan 4 & 5 dan ummi memilih untuk dicerap semasa ummi mengajar Perdagangan di tingkatan 4, esok! Persiapan ummi dah buat dari minggu lepas lagi dan ummi rasa topik ni x la susah sangat…Usahawan dan peniaga…

Mula-mula ummi kena differentiate dulu antara usahawan dengan peniaga…lepastu kaitkan dengan sifat-sifat yang ada pada seseorg usahawan seperti kreatif, bijak mengambil peluang, berani menanggung risiko dll…

Akhir sekali, elemen AMK! Kat sini ummi dah bawa sirah sahabat nabi iaitu Abdul Rahman Bin Auf…

Abdul Rahman bin Auf adalah usahawan yang perlu dicontohi kerana kejayaannya dalam bidang keusahawanan dan menjalankan perniagaan mengikut landasan islam serta memanfaatkan hartanya untuk kebaikan.

Beliau adalah antara sepuluh sahabat yang dijanjikan syurga.Abdul Rahman bin Auf pernah ditanya: Apakah strategi perniagaannya sehinggakan menjadi hartawan yang terkemuka ?

Jawabnya:
1.Aku tidak pernah menolak keuntungan walaupun sedikit.

Jangan menolak rezeki walaupun sedikit pun. Adakalanya kita terpaksa menurunkan keuntungan perniagaan kita untuk sesetengah target market. Dengan itu, keuntungan masih kita dapat… rezeki masih berpihak kepada kita walaupun sedikit.

2.Aku tidak pernah melambatkan penjualan barangan daripada yang meminta.

Percepatkan segala urusan jual beli. Percepatkan segala layanan pelanggan. Terbukti dari zaman dulu sehingga zaman kini, kelajuan dan kepantasan menangani perniagaan akan memberi pulangan yang tinggi.

3.Aku tidak menjual secara tangguhan bayaran ( Tunai ).
Jualan tunai sahaja.

Selain itu, Abdul Rahman Bin Auf mempunyai strateginya yang tersendiri dalam perniagaan unta. Untuk pengetahuan anak-anak, perniagaan unta ini didominasi oleh usahawan-usahawan Yahudi.
Apakah strateginya?

Beliau menjual unta-untanya pada harga kos dan ini telah menarik minat orang ramai untuk membeli unta daripada beliau…dan bagaimana hendak mendapat keuntungan sekiranya unta dijual dengan harga kos? Haa…sini Abdul Rahman Bin Auf telah menggunakan kebijaksanaannya dalam berniaga…
Keuntungan tidak diambil dari hasil penjualan unta. Unta dijual pada harga kos. Tetapi, keuntungan diambil dari menjual “tali pengikat unta”. Di situlah datangnya keuntungan. Diceritakan bahawa tali-tali yang dijual adalah cantik dan bermacam-macam warna.

Oklah anak-anak…itulah sedikit sebanyak bahan yang ummi dapat dan bakal ummi “persembahkannya” esok…doakan kelancaran dan dipermudahkan semua perkara buat ummi!

P/s: Bagus ke tak ummi mengajar selama ini? nanti ummi tunjukkan result PnP ummi pada anak-anak…
Laman rujukan,

No comments:

Post a Comment