Saturday, January 22, 2011

ABANG AYYASH DAH MASUK PASTI

Assalamualaikum anak-anak ummi…kaifa halukum?…ummi sentiasa mendoakan anak-anak semoga berada dalam keadaan sejahtera hendaknya…Entry kali ni, ummi nak catatkan sedikit perkembangan Abg Ayyash. Minggu ni dah minggu ke-3 Abg Ayyash masuk sekolah…maksud ummi, PASTI.

Kalut jgk ummi dan abi setiap pagi…sebelum ni, ummi dan abi je yang perlu bersiap-siap untuk ke tempat kerja, tapi kali ni ummi dan abi perlu menyiapkan Abg Ayyash jgk…dan sebelum ni jgk, kalau abi dah siap dan anak-anak masih tidur, abi akan kejutkan dan kalau tak pun, abi akan dukung anak-anak masuk ke dalam kereta…Ummi cerita kat kawan-kawan, semua cakap…emmm…itu baru masuk PASTI, belum lagi masuk SEKOLAH!

Apa-apa pun, ummi dan abi cuba buatkan yang terbaik utk anak-anak…

3 minggu pertama ni, Abg Ayyash ke sekolah tanpa pakaian rasmi…dan Insyaallah, untuk minggu ni dan seterusnya Abg Ayyash akan pakai pakaian rasmi PASTI sbb cikgu baru serahkan semua keperluan termasuk buku-buku…Buku-buku pun ummi dan abi kena balut dan tulis nama…16 buah buku kesemuanya…banyaknyaaa…


Abg Ayyash dengan pakaian rasmi PASTI


Pejam celik, sekejap je anak ummi dah 5 tahun...


Buku kerja...bakal mengasah kemahiran Abg Ayyash.



Aktiviti riadah anak-anak


Anak-anak mencuba sesuatu yang baru.


Abg Ayyash hampir berjaya memasukkan badan tapi tak lepas sbb kepala besar.











1 comment:

  1. waa.. alhamdulillah abg ayyash dah besar, dah masuk skolah. moga dapat jadi contoh terbaik buat adik4x.. ~____^

    ReplyDelete