Monday, March 26, 2012

TADABBUR ALAM

Hujung minggu lepas, anak-anak dan abi ikut ummi bermukhayyam di Lubuk Tukang Kayu, Sg Lembing. Ni aktiviti sekolah dan ummi bertugas untuk mukhayyam siri 1 ni...program mula hari Jumaat dan berakhir hari Ahad...pada mulanya, ummi dan abi serba salah...samada ummi pergi sendirian dan tinggalkan semua anak-anak pada abi atau 'angkut' semua sekali pergi...serba tak kena...kalau tinggalkan anak-anak, adik yam masih menyusu badan, kalau bawak semua anak-anak, kena meredah hutan sebelum sampai ke tapak perkhemahan. ALHAMDULILLAH, selesai solat subuh hari Jumaat, abi bagi jawapan, "semua pergi."


Pemandangan dari atas bukit,di bawah tu la tapak perkhemahan.


Abi tengah nak set up khemah.


Anak-anak kelaparan setelah penat berjalan meredah hutan


Panorama di tapak perkhemahan


Saat-saat yang dinantikan oleh anak-anak...


Kakak-kakak berkumpul untuk mendengar taklimat perkhemahan



Alhamdulillah, adik yam tak banyak kerenah dan abi banyak membantu ummi.


Panas terik!!!


Emm...ada-ada aje, anak-anak ni...


Hari Sabtu, perjalanan keluar dari tapak perkhemahan


Insyaallah, kalau diberi peluang kita datang lagi!



19. dan bumi ini Kami bentangkan, dan Kami letakkan padanya gunung-ganang Yang kukuh terdiri, serta Kami tumbuhkan padanya tiap-tiap sesuatu Yang tertentu timbangannya.


20. dan Kami jadikan untuk kamu pada bumi ini Segala keperluan hidup, juga Kami jadikan makhluk-makhluk Yang kamu bukanlah orang Yang sebenar menyediakan rezekinya.


21. dan tidak ada sesuatupun melainkan pada sisi Kami sahaja perbendaharaannya dan Kami tidak menurunkannya melainkan Dengan menurut kadar dan masa Yang tertentu.


Al-Hijr (15) ayat 19-21