Friday, January 27, 2012

LAIN DARI YANG LAIN

Assalamualaikum anak-anak,

Catatan ummi kali ini tentang adik Maryam...dan ummi rasa inilah catatan pertama, julung-julung kali setelah adik Maryam berumur 7 bulan. Alhamdulillah, menjaga dan membesarkan adik Maryam tidaklah susah...sebab tak banyak ragam dan sehingga ke saat ini ummi masih menyusu penuh adik Maryam.

Walaupun dah mencecah 7 bulan, tapi adik Maryam masih lagi tidak boleh merangkak...dan ummi rasa pergerakkan adik Maryam agak lambat...kawan-kawan yang sebaya adik Maryam dah pandai memanjat...merangkak apatah lagi...lajuuuu!


Tapi, yang membuatkan adik Maryam lain dari yang lain ialah adik Maryam suka melompat...asal aje orang angkat, mesti nak lompat...kalau letak atau biar terbaring, mesti menangis! sampaikan kalau kat nursery, pengasuh terpaksa 'menggantungkan' adik Maryam...x sampai hati nak biarkan menangis!


bebas berdiri..and let me be free

melompat seolah-olah menggunakan trampolinkeletihan...x larat nak lompat dah!

p/s: ummi dah cuba berkali-kali meng'upload' video adik Maryam melompat-lompat, tapi tak berjaya...

Thursday, January 26, 2012

Mesej yang pernah ummi terima daripada abi… “Di rumah, ibu bapa pelakon dan anak-anak penonton. Apabila keluar, anak-anak melakonkan apa yang mereka tonton-Dr. Asmawati”


Apabila ummi baca mesej ni, ummi akan teringat satu kisah yang ummi baca dalam majalah solusi isu #39.

Si anak mengadu kepada ibunya, “Ibu, perut Ahmad sakit…”


Si ibu pun menjawab, “Ini mesti sebab perut Ahmad kosong. Kan ibu dah suruh makan tadi, tapi kamu tak mahu makan. Haa…tengok, kan dah sakit. Dah, mari sini makan sikit. Nanti reda la sakit tu.”

Tidak lama kemudian, si anak melihat ibunya memicit-micit kepalanya.

Lantas si anak pun bertanya, “Ibu sakit kepala ya?”

Si ibu pun menjawab, “Ya, rasa berdenyut-denyut pula kepala ibu ni”

“Ahmad tahu.” Spontan anaknya berkata. “Ini mesti sebab kepala ibu kosong”

Pengajaran.
Ibu bapa adalah guru pertama si anak. Oleh sebab itu, sebagai ibu bapa, teladan yang baik haruslah ditonjolkan di hadapan mereka.



Tapi sebagai manusia biasa, ummi kadang kala tidak dapat mengawal tindakan ummi...lebih-lebih lagi apabila penat dan berada dalam keadaan marah. Penat melayan kerenah anak-anak yang pelbagai dan marah apabila anak-anak tidak mendengar kata... ada kalanya ummi bertindak di luar dugaan.



Abi ada pesan pada ummi, sebelum bertindak melakukan sesuatu contohnya nak tarik telinga anak sebab anak tuang minyak, kita kena pause dulu... tapi masalahnya, boleh ke nak pause dulu?




Monday, January 9, 2012




What goes up but never comes down?


Your age.





peminat fanatik BOBOIBOY

berani...

jangan harap dapat pinjam lego warna MERAH!



pernah jadi model tudung!
muka ada iras macam adik maryam!




Hugs and kisses to you on your birthday.



Wishing you a very happy birthday.




Thursday, January 5, 2012

Hari pertama di Iqra’ Siti Fatimah.

Pagi tadi,abi dan ummi sempat meluangkan waktu…menemani abg Ayyash dan abg Muaz ke Iqra’ Siti Fatimah. Hari ni hari pertama abg Ayyash dan abg Muaz di PASTI baru ni. Alhamdulillah, anak-anak abi dan ummi sangat bagus sbb tak menangis dan ummi harap anak-anak dapat menyesuaikan diri dengan suasana… maklumlah ni pengalaman pertama buat abg Muaz. Satu penghijrahan, dari alam nursery ke alam pra persekolahan.


abg Ayyash sedang mencari-cari kelibat abi dan ummi
abg Muaz masih lagi 'shock' dengan suasana baru ni...
tengah sibuk mengeluarkan semua buku-buku latihan

Besar harapan abi dan ummi bila hantar anak-anak ke sini. Moga anak-anak membesar dalam biah solehah dan berjaya menangkis segala cabaran yang mendatang apabila besar kelak…Moga menjadi anak-anak ‘penyejuk mata dan hati’ abi dan ummi…Moga menjadi para pemuda yang dapat membela Islam dan ummah.


A few years back...............



Have you ever noticed that time goes very fast?



Maksud sebuah hadis Rasulullah SAW “ Bahawa masa itu Ibarat pedang yang tajam, Jika kamu tidak memotongnya maka kamu akan dipotongnya “. Oleh kerana kepentingan masa, maka Allah Taala bersumpah dengan Wal-asr. Iaitu “Demi Masa”. Manusia akan sentiasa berada didalam kerugian sekiranya tidak dimenfaatkan masa itu dengan panduan iman dan taqwa.
Jika masa itu diisi dengan aktiviti harian yang tiada manfaat maka ia seumpama menanam pohon lalang, yang tiada berguna dan tiada memberi pulangan apa apa, sepertimana maksud hadis Rasulullah SAW daripada Abu Hurairah r.a.

“ Di antara tanda kebaikan keIslaman seseorang ialah meninggalkan perkara yang tidak berguna baginya "