Wednesday, December 8, 2010

AKTIVITI CUTI SEKOLAH

Syukur pada Allah sebab ummi diberi kekuatan untuk menjaga anak-anak di musim cuti sekolah ni…dan ummi akui ia bukan perkara yang mudah kalau TIADA kesabaran…apa tidaknya, empat orang anak sudah pastinya mempunyai empat kerenah yang berbeza. Itu baru empat orang anak, belum lagi 10 orang! Emm…itulah hakikatnya tugas seorang ibu.

Sepanjang cuti sekolah ni, anak-anak lebih banyak duduk di rumah…tetapi ada kalanya terpaksa dihantar juga ke nursery sebab ummi kena pergi ke sekolah. Maklumlah ummi s/u peperiksaan dan sekarang peperiksaan SPM sedang berjalan. Dan kebetulan ummi pun mengajar tingkatan 5, subjek Perdagangan…jadi ada masa kena dtg bertugas di sekolah bila tiba hari di mana pelajar-pelajar menjawab kertas Perdagangan.

Target ummi untuk cuti sekolah ni ialah:
-Abg Ayyash boleh mengenal dua suku kata
-Abg Muaz boleh membaca Iqra’ 1.
-Kakak dan adik boleh mengenal huruf hijaiyyah.

Ummi dapat rasakan yang ummi kurang memberi tumpuan dalam aktiviti pendidikan anak-anak bila dah ada empat orang anak ni…Berbanding masa Abg Ayyash dulu, ummi ada masa dan kalau tak silap ummi sewaktu Abg Ayyash berumur 2½ tahun, abg dah boleh mengenal dan menyebut A-Z, Alif-Yaa dan One-Ten…dan seingat ummi sewaktu hendak tidurkan abg, ummi selalu membaca A hingga Z dan kemudian ummi akan membaca secara terbalik pula iaitu Z hingga A…ummi ulang-ulang aktiviti ini sehinggalah ummi SENDIRI boleh hafal dan ingat Z- A…


Z, Y, X, W, V, U, T, S, R, Q, P, O, N, M, L, K, J, I, H, G, F, E, D, C, B, A.


Dan untuk aktiviti pendidikan anak-anak ni, ummi rasa mungkin Abi pun kena tolong ummi!
Ummi masih ingat sewaktu ummi berumur 6-7 tahun, pada waktu tu,جد (Jad= datuk, panggilan baba ummi) yang akan mengajar ummi membaca Al-Quran. Tak dapat digambarkan betapa garangnya جد bila ummi tersilap baca…pasti dilukunya kepala ummi, takpun kena tarik telinga…Tiap-tiap hujung minggu, lepas solat Subuh ummi dan maksu kena baca Al-Quran dulu…maksu selalu selamat sebab bacaannya lebih baik daripada ummi, malu jugak adik lebih terror dari kakak!.
Untuk pengetahuan anak-anak, جد tak beli TV sehinggalah ummi berumur 6 tahun…slps. berumur 6 tahun barulah ummi berpeluang menonton TV di rumah…tapi ummi masih dikira bernasib baik kalau nak di bandingkan dengan mak long dan mak lang. Kalau ummi nak kenal rupa TV pun ambil masa 6 tahun, bagaimana pula dgn mak long dan mak lang? Waktu itu, mak long berumur 14 tahun dan mak lang pula 9 tahun…

Tetapi apalah sangatnya nikmat dan keseronokan mendapat TV kalau nak dibandingkan dengan keseronokan mendapat didikan dari ibu dan ayah sehingga anak-anak beroleh kejayaan!
Akhir sekali, ummi ingin ingatkan anak-anak dengan kata-kata ini...menarik sekali bunyinya…

“ Jangan bimbang jika diri tidak dihargai tetapi bimbanglah jika diri tidak berharga.”


Di bawah ni, gambar-gambar anak-anak mandi di luar rumah...semua menanti-nanti saat nak mandi. Lepas penat bermain, aktiviti wajib ialah mandi-manda...kadang kala tu, nak keluar rumah bukan sebab nak main, tapi nak mandi...mainnya tak banyak mana!

Seronok dapat bermain bubbles :)


Adik menangis sebab tak dapat pegang paip air.


Cancel! tak jadik nak ambil jadi duta ubat gigi- Abg Ayyash


Sedih yang amat sangat! Kakak tak dapat pegang paip air

Turn Abg Muaz pulak pegang paip air :)

No comments:

Post a Comment