Thursday, August 19, 2010

MACAM-MACAM …

Tengah hari Isnin, saya masuk ke kelas tingkatan 5xx…setelah mengajar dan memberi latihan kepada para pelajar, saya pn duduk la sekejap…bosan tak tahu nak buat apa, saya pun bertanya kepada pelajar-pelajar.

Saya: Dah berapa juzuk antum baca Quran?Kalau ikutkan hari ini, dah 6 hari kita berpuasa dan sepatutnya sudah 6-7 juzuk Al-Quran kita dah baca...

(saya bertanyakan soalan ini dengan tujuan nak memberi tunjuk ajar dan di samping itu memberi peringatan dan motivasi kepada diri ini secara tidak langsung)

Tiba-tiba seorang pelajar lelaki menjawab…

Pelajar X: Muallimah, kita kalau nak baca Quran x boleh nak paksa-paksa…kita buat setakat yang kita mampu aje..ana tak paksa diri ana ini…

Saya: Kenapa anta buat setakat yg anta mampu aje sedangkan anta boleh buat lebih dari tu…sepatutnya bulan Ramadhan kita boleh buat yang lebih baik lagi…kalau bulan-bulan lain kita susah nak cari waktu utk membaca Quran,jadi sepatutnya pada bulan Ramadhan inilah kita gunakan kesempatan yg ada utk bertadarrus Quran…bulan Ramadhan ialah bulan yang mendidik jiwa, kita x sepatutnya buat ala kadar saje…sehari baca Quran satu muka saje, sebabnya… “ana mampu buat setakat ni jee”…kita x bleh guna alasan ni…

Pelajar X: Tak jgk Muallimah…kenapa bulan Ramadhan kita solat sunat byk2 contohnya solat tarawih sedangkan bulan lain kita x buat pun?kan setiap amalan tu lebih baik sedikit tetapi berterusan…

Saya: Memang la bulan Ramadhan kita solat tarawih sebab solat tu ada dalam bulan Ramadhan je… kita kena byk buat amal…sebab dalam bulan ini terdapat byk keistemewaannya. Rasulullah sendiri bersabda, “setiap amalan anak Adam adalah baginya, satu kebaikan dibalas dgn 10 ganjaran hingga 700 kali ganda” Pada Muallimah, tak timbul masalah kenapa bulan Ramadhan kita buat lebih amalan sedangkan bulan lain kita x buat langsung…

Pelajar X:Ntah la Muallimah…bagi ana sapa yang solat tarawih 21 rakaat tu, dia nak menunjuk-nunjuk…ana rasa buat 8 rakaat pun dah cukup…kenapa nak kena solat byk2 sedangkan di bulan2 lain x solat sunat pun…ntah la, ini pendapat ana aje…

Dalam hati saya… “Ishk… budak ni, aku le#p@*g kang!!”. Saya balas lagi, sebab x puas hati.

Saya: Kenapa anta cakap mcm tu? seolah-olah anta dah menjatuhkan hukuman pada orang yang solat tarawih 21 rakaat tu. Apa hak anta nak cakap mcm tu?
Pelajar X dan rakan-rakan seperjuangan.
Sebenarnya, panjang lagi dialog saya dengan pelajar terbabit. Apa yang nak saya katakan kat sini ialah tugas mendidik bukanlah satu kerja yang mudah. Mungkin pada pandangan orang lain, tugas guru hanya mengajar…habis mengajar, keluar kelas…sebenarnya guru kena buat lebih dari itu…

Dalam lingkungan sekolah guru berperanan sebagai : “Pemimpin belajar, fasilitator belajar, moderator belajar, motivator belajar dan evaluator belajar”.

Guru mewarisi tugas para nabi dan rasul untuk mendidik masyarakat. Guru mengajar masyarakat menjadi pandai dan berilmu, disamping itu mendidik anak-anak didik menjadi insan yang baik dan mampu berjasa kepada keluarga dan masyarakatnya.

No comments:

Post a Comment