Thursday, January 26, 2012

Mesej yang pernah ummi terima daripada abi… “Di rumah, ibu bapa pelakon dan anak-anak penonton. Apabila keluar, anak-anak melakonkan apa yang mereka tonton-Dr. Asmawati”


Apabila ummi baca mesej ni, ummi akan teringat satu kisah yang ummi baca dalam majalah solusi isu #39.

Si anak mengadu kepada ibunya, “Ibu, perut Ahmad sakit…”


Si ibu pun menjawab, “Ini mesti sebab perut Ahmad kosong. Kan ibu dah suruh makan tadi, tapi kamu tak mahu makan. Haa…tengok, kan dah sakit. Dah, mari sini makan sikit. Nanti reda la sakit tu.”

Tidak lama kemudian, si anak melihat ibunya memicit-micit kepalanya.

Lantas si anak pun bertanya, “Ibu sakit kepala ya?”

Si ibu pun menjawab, “Ya, rasa berdenyut-denyut pula kepala ibu ni”

“Ahmad tahu.” Spontan anaknya berkata. “Ini mesti sebab kepala ibu kosong”

Pengajaran.
Ibu bapa adalah guru pertama si anak. Oleh sebab itu, sebagai ibu bapa, teladan yang baik haruslah ditonjolkan di hadapan mereka.



Tapi sebagai manusia biasa, ummi kadang kala tidak dapat mengawal tindakan ummi...lebih-lebih lagi apabila penat dan berada dalam keadaan marah. Penat melayan kerenah anak-anak yang pelbagai dan marah apabila anak-anak tidak mendengar kata... ada kalanya ummi bertindak di luar dugaan.



Abi ada pesan pada ummi, sebelum bertindak melakukan sesuatu contohnya nak tarik telinga anak sebab anak tuang minyak, kita kena pause dulu... tapi masalahnya, boleh ke nak pause dulu?




No comments:

Post a Comment