Hujung minggu lepas, anak-anak dan abi ikut ummi bermukhayyam di Lubuk Tukang Kayu, Sg Lembing. Ni aktiviti sekolah dan ummi bertugas untuk mukhayyam siri 1 ni...program mula hari Jumaat dan berakhir hari Ahad...pada mulanya, ummi dan abi serba salah...samada ummi pergi sendirian dan tinggalkan semua anak-anak pada abi atau 'angkut' semua sekali pergi...serba tak kena...kalau tinggalkan anak-anak, adik yam masih menyusu badan, kalau bawak semua anak-anak, kena meredah hutan sebelum sampai ke tapak perkhemahan. ALHAMDULILLAH, selesai solat subuh hari Jumaat, abi bagi jawapan, "semua pergi."











19. dan bumi ini Kami bentangkan, dan Kami letakkan padanya gunung-ganang Yang kukuh terdiri, serta Kami tumbuhkan padanya tiap-tiap sesuatu Yang tertentu timbangannya.
20. dan Kami jadikan untuk kamu pada bumi ini Segala keperluan hidup, juga Kami jadikan makhluk-makhluk Yang kamu bukanlah orang Yang sebenar menyediakan rezekinya.
21. dan tidak ada sesuatupun melainkan pada sisi Kami sahaja perbendaharaannya dan Kami tidak menurunkannya melainkan Dengan menurut kadar dan masa Yang tertentu.
Al-Hijr (15) ayat 19-21