Thursday, March 21, 2013

ANAK-ANAK PERLU DIKASIHI DAN DISAYANGI


“Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar.”
(Al-Quran Surah At-Taghabun, 64:15)

   
Antara Kesilapan Ibu bapa Dalam Mendidik Anak-anak
Kesilapan pertama: Kurang Berdoa.

Kesilapan kedua: Banyak membaeri belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi)

Kesilapan ketiga: Tidak tegas dalam mendidik anak-anak
  - Tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak
  - Terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.

Kesilapan keempat: Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak
- Sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka.

Diriwayatkan oleh Aisyah r.a.: Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra’ bin Habis At-Tamimy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra’: “Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun daripada mereka.”

Rasulullah melihat kepada Aqra’ kemudian berkata: “Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi.” (Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kesilapan kelima: Kurang menghidupkan sunnah di rumah 
 - Seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama dan sebagainya.
Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.

Kesilapan keenam: Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak
- Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu Sunnah.

Sumber DI SINI