Monday, November 19, 2012

HAPPY 7TH ANNIVERSARY


19-11-2005 - 19-11-2012



Semasa mengandung, mulutku asyik mengeluh sakit sini , sakit sana...tidur sering tak lena dan berubah menjadi pemarah dan sering berduka.  Bukan aku sengaja, tetapi segala yang kurasa di setiap inci tubuhku, menimbulkan resah dan tidak selesa.  Sabarkah engkau dengan kelemahamku ini?

Semasa mengandung, upayaku untuk melayan keperluanmu tidak seperti biasa.  Aku lemah, sering juga hambar tiada penarik.  Sehebat-hebat mujahadahku, diri ini amat terbatas dalam upaya berperanan sebagai isterimu.  Masihkan aku buah hatimu?

Semasa kita mula berumah tangga, pasti hidup kita indah bagai di syurga.  Tambah pula dengankurnian cahaya mata pertama.  Namun, apabila cahaya mata makin bertambah bilangan, tanggungan dan bebanjuga semakin bertambah.  Dalam suasana yang banyak tekanan, apakah engkau masih mampu ceria?  Sabar dengan kerenah anak-anak dan ibu mereka, terus tersenyum menawarkan bahagia?

Jika aku diuji dengan ujian yang meluruhkan rambutku, tubuh lemahku menumpang kasih dalam pelukanmu, berak dan kencingku di dalam kain batik, masihkan engkau mencintaiku?