Monday, June 27, 2011

ALHAMDULILLAH, SEMUANYA SELAMAT

Alhamdulillah, ummi selamat melahirkan Adik Maryam lewat sehari dari tarikh yang DR. jangkakan…iaitu 3 Jun 2011, hari Jumaat…tepat pukul 12.25 pagi. Berat Adik Maryam ni 3.240kg...berat sedikit dari kakak Nabihah.

Seperti biasa, ummi kena induced dan kelahiran Adik Maryam agak berbeza...berbanding kelahiran yg lepas2...Ummi melalui detik-detik yang sukar hendak digambarkan. Apa yang bezanya?Apa yang sukar digambarkan?

Masih terbayang2 di ruang mata, saat ummi bergelut dengan kesakitan,MASYAALLAH...sakitnya! Hanya Allah saja yang tahu.Waktu tu,ummi rasa macam sakit nak MATI!Sakit sangat-sangat. Tapi anak-anak, itu baru sedikit je sakit, belum lagi sakit 'yang sebenarnya'...x dapat ummi bayangkan macamana sakitnya sewaktu malaikai maut hendak mencabut nyawa!

Anak-anak, ummi bersyukur sebab dapat rasai kesakitan ni...sekurang-kurangnya ia memberi kesedaran pada ummi...untuk menghargai nikmat kesihatan...




MARYAM AZRAA NIDZAMUDDEEN


HTAA, Jumaat, 03.06.2011. 12.25 pagi, 3.2kg